Monday, December 22, 2008

Daging Masak Lada Hitam


Nilah lauk dinner ku mlm ni... daging goreng masak lada hitam... malas nk goreng sayur terus campak jer kacang panjang tu kat dlm daging, sonang 2 in 1. Resipi lazat ni dr Zaliana, dgn ucapan kawe repair sket resipi mu pase kawe masok ikut tekak kawe yo awe weyyy... hehehe. Thanks za, kawe kopipes juge resipi mu...:D

Bahan-bahan: Untuk 3 orang
400 gram daging -potong nipis
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar seasoning
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
sedikit garam
3 ulas bawang putih-mayang
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
5-6 batang kacang panjang
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
1.Didalam sebuah bekas, perapkan seketika daging dengan minyak bijan,seasoning dan lada hitam.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, tak perlu sampai garing.Masukkan daging yang diperap tadi,kecilkan api dan biarkan daging empuk.
3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis supaya kuahnya hitam sedikit.Tambahkan lagi serbuk lada hitam,juga letakkan garam mengikut citarasa masing-masing.Masukkan cili merah dan kacang panjang.
4.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Lebihkan air jika mahu.Setelah kuah mendidih,bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment