Saturday, December 6, 2008

Kerepek Almond



Di keheningan malam, dgn sesayupan bunyi katak memanggil hujan ngan bunyi cengkerek hehehe mmg bunyi tu sentiasa ada kat sini almaklum la umah depan hutan... inilah projek kerepek raya aidil adha... jgn kata tunggu raya... masa tgh n3 ni sebenarnya kerepek ni mmg dah ellekkkkkk... mana x nya kalo dah kunyah mmg tak bole berenti muhahahaha... alamatnya kene buat lg.... resipi by yani tokey my resipi. Ampon Yani den kopipes yo ekau punyo resipi.....;). Akhir kata dr saya untuk rakan2 yg mengunjung blog saya ni Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat korban apa yg nk dikorban ...
Bahan-bahan:- ( 40 keping )
30g tepung gandum
70g gula halus
secubit garam
60g(2 biji) putih telur
sedikit esen vanila
25g mentega - dicairkan
75g almond slices
Cara-cara:-
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul biar rata.
2. Masukkan putih telur dan kacau sebati.
3. Masukkan pula mentega dan esen vanila. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan almond slices, kacau. Tutup mangkuk dan biarkan dalam 20 minit sebelum dibakar.
5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Sapukan oven plate dengan mentega atau marjerin.
6. Ambik 1/4 sudu adunan, letakkan di atas oven plate. Ratakan senipis yang boleh dalam 7 cm diameternya.
7. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga perang.
8. Keluarkan dari oven, ketika masih panas letakkan kerepek di atas kayu pencanai dan tekan. Cara ni untuk menghasilkan bentuk melengkung.


No comments:

Post a Comment