Bahan-bahan:- ( 5 orang )
•4 cawan beras basmati
•5 cawan air
•2 kiub ayam
•2 helai daun pandan
•pewarna merah, kuning dan hijau
•[bahan tumis]
•1/2 inci halia
•2 ulas bawang putih
•1/2 biji bawang besar
•2 sudu besar minyak masak
•1 sudu besar minyak sapi
•1 batang kulit kayu manis
•2 kuntum bunga lawang
•3 kuntum bunga cengkih
•3 biji buah pelaga
•[bahan hias]
•bawang goreng
•kismis
Cara-cara:-
1.Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2.Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4.Masukkan beras dan gaul rata.
5.Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6.Masaklah nasi sehingga masak
7.Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Jemput makannnnnnn......
nakkk 2 pinggan!! nak kepak ayam 2 ketuii! sambal kasi lebey! hahahaha... ooo smlm bbq umah kak.G er! cehh! tak ajak pong! nnti aku blk, watkan utk aku plak! ekekekeke
ReplyDeleteweeiii.. hana bkn umah kak G jerrr.. 3-4 umah lggg... dok pakat2 buat bbq.. cuma aku maleh jer nk amik gambo...hehe.. meh la cpt balik.. aku masakkan...
ReplyDeletekak ana..nasi ujan panah faberet nih.....dtg angkut award sekali hihihihi...thanks a zillionn
ReplyDeleteaku nak drumstick tamo tulang! (dah terkena kat umah kak yatt ari tu) kikikiki!
ReplyDeletesuka2 ngko jer nk drumstick x de tulang.. nk pi buat sendirikkk... suhh..suhh.. blah... blahh..ketuk pala jiyaaa...
ReplyDelete