BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. 2.Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata.
3.Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).
UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletelawooooo sehhh kuih ko! nak makan! tp malas nk buat! buatkannnnnnnnn!!!
ReplyDeleteMemang mengancam la ana. Karang tunggu kat simpang empat depan rumah tu ya. Akak datang amik. Sebelum maghrib.
ReplyDeleteenggak pernah buat ini kuehhh...suka makan tapi tak suka buat..posla sini!!
ReplyDeleteAna ade lagi tak kuih tu nak sikit,akak ni asyik duk niat je tapi tak gerak2 jugak camne tu?nampaknya kena makan kat umah ana lah ye
ReplyDeletehahaha bab nak masak pulut tuh yang malas..sedap tuh..boleh kita berjiran tak hehehe...
ReplyDeletedijamin sirim kompem sedappp!! siap puji ni. x dpt papa ker kak? akekeke
ReplyDeleteWaaa..best la blog u ni..terpegun saya!
ReplyDeleteNak la share resipi2 ni..byk yg boleh saya belajar dari u nih..sudi ajar tak?
salam kenal.