Sunday, November 9, 2008

Ikan Bawal Sambal Asam Jawa

Nak masak apa arini ekkk… alahai pening pale nk kene fikir nak masak apa pepagi sabtu ni????..Kalo difikir-fikirkan… kalo bole nk masak 2-3 jenis lauk dlm ½ jam aje bole siap gggrrrrr…. poning2…sambil tunggu En Hb balik pasar, belek2 ler majalah Rasa Nov’ 08…nah jumpa pon resipi yg dianggap mudah bg org yg tgh poning….malas pon yer gakkk…eheheh… jom layan resipi…

Bhn2nya:-
- 1 ekor ikan bawal hitam – di potong 4 & dibersihkan
- 100ml santan
- 50ml jus asam jawa – saya bancuh sedikit pekat
- 1 inci halia *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar * ( * dikisar )
- 1 biji lada merah*
- 8 biji cili api* - yg ni tambah sendiri, kalo x pedas x lalu uuuuu….
- minyak masak - untuk menggoreng/menumis
- garam, gula & pak aji secukup rasa

Cara2nya :-
1. Goreng ikan bawal sehingga separuh masak, Angkat dn ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan2kisar sehingga berbau wangi dan gesikit garing.
3. Selepas itu masukkan air asam jawa dan kacau rata.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan garam, gula & pak aji secukup rasa. Kacau lagi sehingga pekat.
6. Angkat dan tuangkan keatas ikan itu tadi, sedia untuk di ngappppp….


No comments:

Post a Comment