Sunday, January 11, 2009

Ayam Masak Kicap Berempah

Ni pun sama gara2 kak zana gaks.. huhuhu... ayam masak kicap, menu lunch... rindunya nk makan lauk nihh.. pasal jawa sorang kat umah nih dh x lalu mkn masak kicap melainkan sambal kicap... apa2 pon lantak laaa... dh lama x kene nk kata apa2 kata arrr... muhahahaha... aku masak gak... Eeerrrmmm.. nikmatnya dh dapat makan... wong jowo... wong jowo kabeh... jemput mangan yer.. ;)

Bahan2nya:-
2 ekor ayam - digoreng terlebih dahulu bersama kunyit & garam
Rempah tumis tumis
1 biji bawang besar - di hiris
3-4 ulas bawang putih - dihiris
3-4 batang lada hijau - dihiris
2 inci halia - diketuk
2 biji ubi kentang - dihiris kpd 4 bahagian dan digoreng terlebih dahulu
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk terlebih dahulu
2 sudu besar cili sos - untuk pekatkan kuah
1 1/2 cawan kicap pekat manis
minyak - untuk menumis
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1. panaskn minyak di kuali dan tumis dahulu rempah tumis kemudian masukkan pula bahan yg telah di dihiris seperti bwg besar, putih lada hijau dan halia
2. masukkan pula kicap, rempah kari, lada hitam, cili sos kacau sebentar, pastikan api sederhana
3. setelah mendidih kuah, masukkan pula kentang dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam kuali.
4. kacau sehingga rata ayam tersebut dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa n jika perlu.
sedia untuk dihidang dan dimakan
**ayam kicap ini tidak perlu menggunakan air dan kuah biarlah pekat ( kicap semata )**

No comments:

Post a Comment