Bahan-bahan:-
Bahan2 untuk doh:-
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air
Cara-cara:-
cara membuat inti:-
1. jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
cara membuat doh:-
1. masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
2. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
4. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
5. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
lakukan sehingga habis
5. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan
keperangan angkat dan hidangkan
**jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan**
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik.
Hehehehhe.. sapa la agaknya nak kena bom tu yerkk?? (cepat2 masuk tido) nite nite kak ana... kikiki!
ReplyDeletePsssttt! nak tambah skit kat note tu. jangan simpan atas meja lelama nanti kena kebas dek lanun tarbus! akekekke! lg satu, kalo kak ana nak teringin nak pakai topeng masa masak, jiya sugget pakai topeng power ranger kaler merah! akekekkee! larikkkk!! (cecepat bawak larik seketol)
hahahaha jiya... kaler merah x cukup kuat la kene pakai kaler hijau...huahuahua... kalo dak jiya dh bangun pesan ngan dia ader akak tuh nk baling dia ngan mesin basuh dia yg dh kioookkkkk tuh!! kikiki..
ReplyDelete