Saturday, January 31, 2009

Pecal @ Janganan

Ni jugak menu lunch Pecal, kalo wong jowo ngomong Janganan … adoooiiiii… tgk dak Hana buatt… kemenceerrrr…. Fiza pon ader buat w/pon kuahnyer ready made tp tetapppp kecurrr… slluurrrppp… hb blk dr pasar dia ckp.. yang masak semua lauk lebih nk kasi bapak… bapak mungkin dh lama x mkn sedap2 camni… okiesss.. demi wak parno… akanku buat yg terbesstttt… utk wak sahaja tawww… resipi sambal pecal byFidadaud… thanks fidaaa… mabelesssss… C&P gak yerrrr...



Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga )
300 gm kacang tanah
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
Minyak masak untuk menggoreng



Cara-caranya:-
1.Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
2.Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
3.Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
4.Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
5.Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
6.Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
7.Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
8.TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.

4 comments:

  1. wallaa wakkkk! untung mantu mu pandei gaie pecel! eneng pucuk ubi yo malah enakkkkkk! walla wallaaaaaa... cop jempolllllll!!

    ReplyDelete
  2. ni baru nomonyo bojo ngan ank mantu mithali... ekekeke

    ReplyDelete
  3. ingatkan tajuk tu 'pecal @ jangan' rupanya janganan.... bleh jd tajuk tu pecal @ jangan buattttt!!' akekekekeke! bagusss menantu bapakkk!!

    ReplyDelete
  4. jiya -> jiya kamben ngko kene wat pasal ader belacannnn... sodapppp

    ReplyDelete