Bahan-bahan - Bahagian atas
•5 sb tepung gandum (penuh2)
•1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2) /
•2 biji telur (dipukul)
•2 1/2 cawan santan
•5 sb gula pasir
•sedikit garam, esen vanila dan pewarna hijau
Bahagian bawah
•1 cawan beras pulut dibersihkan dan direndamkan bersama 1 cawan santan cair + sedikit garam selama 30minit
•Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkn 1/2 sudu kecil beras pulut kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus
2. Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula.. Satukan bahan 1 - 4 .. kacau dan di tapis agar tidak berketul..kemudian masukan gula ,garam,pewarna + esen
3.Adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
4.Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut ) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
5.Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan...sedia utk dingap..ngap
sedap! sedap! hehehehehehehe... kenyang kena jamu tadik mesti puji lelebih skit. kang sok2 nak terjah totop pintu plak umah akak. wakakkakakakaka
ReplyDeletewaaaaaaaa jelessss!! jiya dpt makang kuih comel!! nnti aku terjah, ko watkan aku jugak er!! muahahaha
ReplyDeletejiya -> itu kira nasib tau ngko dtg mmg tgh masak, kalo x air kosong jer la jwpnyaaa.. hehe
ReplyDeletehana -> bole2... dh pandai buat boleh jerkkk... heheh