Bahan bahan:-
200 gm sotong dihiris
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 cm batang daun ketumbar - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah -dikisar
3 sudu makan madu
3 sudu makan tepung jagung
Sedikit air
Minyak masak
Cara2nya:-
1. Celup sotong di dalam adunan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air.
2. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
3. Di dalam kuali tumis bahan bahan yg telah dikisar sehingga garing.
4. Masukkan sotong dan biarkan beberapa minit.
5. Masukkan madu dan garam secukup rasa.
6. Setelah masak tutup api. Sedia utk dinikmati.
mmg nampak amat menyelerkan sotong madu ni...ada lagi tak???
ReplyDeletehaaaa yg nih bakal aku tiruu! jap kene candat sutun dulu! alamakkk!! mana aku der pancing! mintak ko jerk laaaaa!!
ReplyDeleteAlih-alih macam tergoda pulak. kang cari sotong kat pasar.Sebab hari ni cuti nak melengkor.
ReplyDeleteAiseymen nampak sotong neh memalam rasa cam nak makan nasik la plak...cemano ni kak? huhuhu
ReplyDeleteAzita-> Kak Ita abis laaaa
ReplyDeleteHana-> candat jgn x candat!!!.. pancing x de nyelam jer laaaaa..!!!
geraugebang-> kak gerau, jgn melengkor jer kak... membongkang la pulak!!.. hehehe
blogresipi-> haaaa... lawak2... itu biasa bg mekyung... kihkihkih