Sunday, July 25, 2010
Kuih Lapis
Bahan2:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.
2. Panaskan air dalam kukusan.
3. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
5. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. 6. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
7. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
8. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
9. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
10. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Sotong Goreng Kunyit
Ikan Goreng Sambal Kicap vs Sup Suhun
Heheh... aku kat sini dok membebel pasai nk share sambal kicap ni, nama dia sambal kicp tahun, istimewa sambal kicap tahun ni pasai tahan berbulan2 ( pasai tu la nama nya tahun... ekekeke ) tanpa masok lam esbok, x mcm sambal kicap lain, kalo x masok esbok mesti dh rosak nyer... nk tau camne leh jadik camtu pasal.... bahan2 utama digoreng dahulu... hehehe... nk resipi... jom layannnn...
Bahan-bahan ( ikut suka )
15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
3-4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil gula merah
1 cawan kicap manis
minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
1. goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili.
2. selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
3. tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat.
3. setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
4. sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk
*sambal ini thn lama klu x masuk peti sejuk kerana bhn2nya digoreng terlebih dahulu nk masuk gak pun boleh...tu le nama dia sambal tahun harap maklum.*
Dilawankan pulak ngn sup suhun nih... perghhhhh!!!... best beb!... itu wahid yg cakap.... kahkahkah!!!... aku... biasa2 jer... hehe
Saturday, July 24, 2010
Rendang Kerang Warisan
1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai
Cara-cara
1. sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas.
2. masukkan semua bahan2 yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
3. masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, masukkan kerang dan gaul sebentar.
4. tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa.
kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan
Kangkong Goreng Belacan Sabah
Monday, July 19, 2010
Bangkit!!... Bangkit!!..
Ikan Sambal Hijau
Ikan Pekasam
Hah ni lak, sayornya... belasa je la labu, balance wat laksa johor semalam ada lagi lam 5-6 batang... hahaha... orait apa, aku bain bedal je apa yg ada, pastu aku klung... klang
Sunday, July 18, 2010
Laksa Johor
Bahan2 :
1 pkt laksa/1 kotak spageti (direbus hingga lembut & titiskan sikit minyak)
1kgikan kembong/tenggiri /parang(ikan direbus kejap diambil isinya, diblender, air rebusan diambil juga)(kalau nak lagi sedap blh tambah sedikit isi udang juga direbus & diblender)
1 biji kelapa (ambil santannya)
4-5 kpg asam gelugor/asam keping
sedikit garam
minyak (utk. tumis)
3sb kerisik
2sb rempah kari ikan
Bahan Diblender(*)
10-15 tgkai lada kering
2 biji bawang besar3 ulas bawang putih
2 btg serai
1" lengkuas
1" halia
1/2" kunyit
Bahan Hiasan2 biji timun(timun dimayang halus, senang guna alat sagat)
4 tgkai daun kesum (dimayang halus)
4 tgkai daun selasih (dimayang halus)
5 biji limau kasturi (dibelah dua)
sedikit taugeh
1 biji bawang besar (dimayang halus)
Sambal Belacan5-6 biji cili merah + 3-4 biji cili padi(kalau suka pedas blh tambah)
2-3" belacan (belacan dibakar/goreng dulu dgn sedikit minyak)
*semua bahan diatas dblender/tumbuk
Caranya
- Tumis bahan2 yg diblender(*) dgn sedikit minyak, masukkan rempah kari (dibancuh dgn sedikit air dulu) dan biar garing. masukan kerisik, isi ikan bersama airnya dan juga santan. masukan pula asam gelugor & garam.
- Biar hingga mendidih dan sambil dikacau. Bila dah rasa garamnya tutup api dan siap.
- Hidangan Laksa dihidang dgn hirisan timun, sedikit hirisan daun kesum & daun selasih, taugeh, & hirisan bawang.
- Masukkan kuah laksa dan diperah limau kasturi dan digaul rata dgn sedikit sambal belacan.
- Siap boleh makan..!(ada juga yg suka letak lobak asin yg hancur)
Sunday, July 4, 2010
Teh Tarik
BAHAN2NYA:-
2 UNCANG TEH
3 SB SUSU PEKAT
2 SB SUSU CAIR (option)
CARA2NYA:-
-REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
-1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
-LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
-AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
Kuih Kaswi II
Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..
** Pewarna coklat tu saya tukar ngan kicap pekat.. makcik bgtau.... lg lemak rasanya **
Saturday, July 3, 2010
Sup Tulang Merah
::Bahan2 nye::
1kg tulang kambing @ tulang lembu
1 senduk cili kering/ cili boh
*5 Biji Bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia1/2 tin tomato pure (440gm)
1/2 botol sos tomato (435gm)
2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
2 sdb tepung gandum2
sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
Sedikit minyak untuk menumis
::Bahan2 utk hiasan::
- Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara2nye lak...
- Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
- Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
- Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
- Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
- Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
- Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, carrot dan bawang goreng
Homemade Bawang Goreng II
Bahan2nya:-
1/2kg bawang kecil- dibersihkan dan dihiris nipis memanjang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan minyak untuk menggoreng
Cara2nya:-
1. Hiris bawang nipis2 n kalo bole biar sama besar, setelah siap rendah hirisan bawang ke dlm air bersama garam n kapur selama 5 minit dan toskan ( jgn bilas dgn air bersih )
2. Sementara itu panaskan minyak didalam kuali dgn menggunakan api yg sederhana besar ( pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan bawang.
3. Hendaklah sentiasa kacau dan jaga agar bawang x mudah hangus.
4. Akhir sekali, apabila bawang kekuningan angkat dn lerai2kan diatas pinggan yg dialas kitchen tissue. Setelah sejuk, masukkan didlm bekas kedap udara. Siap.