Assalamualaikum n selamat mlm semua, menu berbuka apa dirumah korang, umah den arini Nasik Kari Ayam yg menunya di KIV dari semalam... haha... arini den dh buat... Mmg sedap mmg mabeles nasik ni... nak2 dilayan ngn Air Asam Mek Jah... hikhikhik... Resipi asal dr
Ibundo, den kopipes dr Rumah
Mek Jah dn org yg membuatkan masalah tido mlm den terganggu sapa lg kalo bukan
Kak Nor... hahaha... ok lah, terima kasih sayang tuk semua... pd yg punya resipi dn pd yg membangkitkan perasan teruja nk mencuba... hahaha... sedap dan baekkkkk punyaaaaa.... hehe... dh2... layan je la ye, pala den da cinoning rasa nk pingsan pon ada, mana x nya non-stop dr balik kije td, pastu ditambah lak ngn kekenyangan berbuka, ni pon tggu nk membongkang jer, tp nk layan tv dlu, pastu... alamak!... nk pikir lauk sahur lom masak lg.... huhu... rehat bdn jap la... wakakaka... so, selamat menjamu selera dan mata... tataaaaa...
Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni tambah sendiri ikot kak nor
garam
Cara2nya:
1. Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api
2. Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
3. Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.
Air Asam Mek Jah
Bahan2 :
4 biji Cili > terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam
**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)
Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat