Monday, February 23, 2009

Roti Arab

Menu dinner mlm nih mkn roti arab lahhhh…. Weiii sedap ngko roti nih… percubaan pertama … jadikkk… masa goreng tuh mengelembung naik cantikkk jer… puh…puh… jgn lah terbobos angin nyer n kempis... seram gakkkk… tp, Alhamdulillah… trial yg pertama n yg x dijangka menjadikkk… Resipi dari Kak Fiza MyR lagi…. Kakkkk… jadikkk… 10Q very much… I lebiuuuu…Sedapppp… Nk bagi grade kat akak… mmg best, wat ½ adunan jer dpt 8 ketui ada balance lg 2 ketui… sapa nk… hehehe…. Nanti kalo saya mai Penang lg saya habaq nooo…




Bahan-bahan ( 16 biji )
BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng

Cara-cara:-
1.Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
3. Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
6. Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
7. Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
8. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

No comments: