Tuesday, November 18, 2008

Tepung Pelita

Ni lah projek malam tadi sambil berbalas tag ngan kak ina, asyik belasah beli jer kuih peberet ni… mula2 masa x tau ingatkan leceh nk buat tp bila dh try….mmg x disangka… muahhhhhaaaaa… bole amik tender nampaknyer… Projek wat bekas masa petang lps balik kojo… adehhh fening jugak nk menggayakan masa memula buat…tp kuih peberet punya pasal layannnnnn kan jugak. Taaaa daaaaaaa…. walaupun x secantik makcik kat pasar malam punya....kehkehkeh

Bahan2nya :-
Daun Pisang – untuk dibuat bekasnya
Lapisan Bawah :-
240gm Gula pasir – dikisar

Lapisan Kedua :-
120gm tepung jagung
60gm tepung beras
60gm gula pasir
125ml jus pandan
2 liter air
Sedikit kapur

Lapisan Ketiga ( Paling atas ) :-
120gm tepung jagung
2 liter santan pekat
Secubit garam

Cara memasaknya:-
1. Layur daun pisang dan potong anggaran 3x2 inci lebar. Kemudian lipat daun pisang
mengikut acuan kotak mancis dan ketip menggunakan stepler. Ketepikan.

2. Untuk lapisan bwhnya, letakkan setengah sudu the gula kisar ke dalam bekas daun pisang
tadi. Sukatan manis gula bergantung kpd individu.
3. Untuk lapisan kedua pula, masak kesemua bahan dgn api perlahan hingga sedikit pekat.
4. Setelah masak tuangkan kedalam bekas tepung pelita yg telah dibubuh gula kisar tadi.

5. Untuk lapisan ketiga ( paling atas ), masak kesemua bahan dgn api perlahan sehingga masak.
6. Tuangkan ke dalam bekas daun pisang sebagai lapisan paling atas.
7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dinikmati.
* Setelah 2 kali di xperimen bhn2 nih… msk jgn sampai pekat, tp separuh pekat sahaja
kerana tekstur lapisan akan keras dgn sendiri dn kalo pekat akan sedikit pejal.*