Monday, December 22, 2008

Choc Egg Pudding



Penyakit berjangkit puding ni dh merebak lg kat sini... Ya Rabbi... tgklah betapa hodohnya permukaan pudingku ini... pencuci mulut pas dinner... tgh ngukus lg 5 minit dh bole angkat gas laks abis... huhuhu.. ni lah hasilnya... selepas di semak oleh quality control, result ok... fuhhh.. sib baik sempat masak. Gas habis... dlm hati dh berbunga meriahnya... hehehe... x sampai 15 minit gas dah mariiiii... wawawa.... baru nk longgar2kan urat...Resipi Kak Fida MyR... yg paling rajin n fofular kat MyR skunk nih, pasal hari2 ader ye n3 dia... thanks kak Fida...

Bahan-bahan:- ( 5-6 orang )
250 ml susu segar
2 sb serbuk koko
3 sb gula halus
2 biji telur
mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin

Cara-cara:-
1. Panaskan kukusan. /bakar 180C 25 min
2. Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
3. Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
4. Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
5. Kukus selama 20 min atau hingga masak.
Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong***

No comments: