Tuesday, December 2, 2008

Speggetti/Linguine Bersama Sos Pasta

Speggetti satu cheese lebihhhhh... semua lebihhhh...mcm2 hal tuan tanah ni. Ni lah dinner kami malam tadi... mmg sedap x terkata la mkn speggetti ni. Kalo ikutkan tekak belacan ni mana nk tertelan mkn benda2 cam ni almaklum la bukan tekak Allessandro Del Piero n Valentino Rossi, tp bila dh godeh resipi yg ader kat blog2 sedunia ni, hehehe baru la jumpa yg pada mulanya confuse gak nk try, selongkar kat peti besi Diana... dan jumpalah yg kene ngan tekak ni. Tq Diana Besssssttttt.... mamamiaaaaa... kene ar ngan selera.

Bahan-bahannya:-

1 paket spaghetti/ linguine

2 botol sos pasta jenama Ayam Brand (Tomato & Garlic dan Spicy)

1 tin sos pasta Campbells Prego (Traditional)

1 cawan air

3 biji bawang besar, potong dadu

2 biji bawang putih, dicincang

10 tangkai cili padi thailand dipotong serong

250 gram daging cincang1 tin cendawan butang dipotong ikut suka

sedikit gula

minyak zaitun untuk menumis

slice cheddar cheese (low fat)

Cara-caranya:-

1. Panaskan secukup air sehingga mendidih. Letak sedikit minyak zaitun dan rebus spaghetti/ linguine sehingga ia masak. Angkat dan toskan.

2. Panaskan secukup minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar yang telah didadu dan cili padi thailand dan tumis sehingga naik bau dan bawangnya layu.

3. Masukkan pula cendawan butang dan juga daging cincang. Masak sehingga dagingnya 3/4 masak.

4. Masukkan sos pasta (Ayam Brand dan Campbells) dan air. Biarkan ia mendidih.

5. Masukkan sedikit gula untuk memberi rasa yang seimbang pada sos pasta.

Cara untuk menghidang:-

1. Letak spaghetti/ linguine didalam pinggan. Letak sekeping cheese cheddar diatasnya.

2. Tuangkan kuah pasta yang tengah panas diatas cheese dan juga spaghetti/ linguine. Kuah yang panas itu akan mencairkan cheese tersebut dan rasanya pergghh sedap!... Kalau mahu boleh letak parmesan cheese.

No comments: