Tuesday, December 2, 2008

Coffee Coklat Muffin




"Engko ke yg buat muffin ni... aku cam x percaya jer" itulah ayat pertama yg kuar dari mulut akak ku mlm td masa dtg umah tgk adik dia tgh bz projek muffim nih. Bila dh ngap... eh... tapau bole... muahahaha... Dan inilah ghupa coffee cekelat muffin ku ni.... untuk bekpes arini.... agar En Hb yg masih ada dok cuti2 malaysia kat umah tu x kebulur.... hahahaha. Tapi lihatlah muffin ku nih, kurang sket volcano nyer almaklum lah temputure oven dah mula ting... tong. Cam ader harapan jer beli oven baru... ehehe.. W/pun muffin ni cam memalu kucing jer nk naik tp tetap malatooopp gak, resipi dari sifu yg x asing lagi Cik Puan Yani.... mmg mabeles la muffin ni, kalo x, xkan ader yg mintak tapau... ampon yani kopipes jer...

Bahan2nya:-

2 sudu besar instant coffee
70ml susu segar
50g butter
50g gula halus
1 biji telur
150g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
65g milk chocolate

Cara-cara :-
1. Potong milk chocolate kecil-kecil. Ayak tepung dan baking powder. Campurkan instant coffee dengan susu segar untuk buat coffee milk. Panaskan oven sehingga 180C.
2. Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula pukul sehingga putih.
3. Tambah telur sikit demi sedikit sambil dipukul.
4. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan coffee milk tadi.
5. Akhir sekali masukkan coklat yg telah dipotong. Kacau biar bercampur rata.
6. Isikan bekas muffin dengan 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

NOTE: Muffin ni kurang manis. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam adunan ataupun buat icing topping selepas dibakar. (icing toping=80g icing sugar + 1sb fresh milk)

No comments: