Bahan2nya:-
300 g tepung gandum
1/2 sk bicarbonate soda
2 biji kuning telur - grade B
1 biji pitih telur
80 g gula halus
100 ml air kelapa (jangan di habiskan)
minyak masak untuk goreng terendam
Cara-caranya:-
1.Dalam sebuah mangkuk,telur dan gula di kacau hingga gula hancur.
2. Masukkan tepung dan b. soda yg telah diayak dulu dan kacau hingga rata.Tuang pula air kelapa sedikit2 hingga menjadi doh.
3. Uli pula hingga doh tk melekat pd mangkuk.
4. Ambil sedikit doh,bulat2kan dan canai membujur atau canai doh dan bentukkan ikut suka.Jika adunan melekit,taburkan tepung dipapan canai dan canai doh.
5. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng doh.Apabila doh mula terapung,balek2kan hingga kuih kecoklatan kedua2 belah bahagian.Angkat janekek dan toskan minyaknya.Siap untuk disajikan dan enak dimakan begitu saja.
***Selepas step no.4,doh yg dicanai akak diamkan selama 10 hingga 15 min. supaya kuih yg telah digoreng akan bersarang di dalamnya.