Thursday, November 27, 2008
Tag... Tag...Tag....Laaagggiiii..
WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU???
1. hi, how are ya?
* sihat...bertambah sihat n gebu... kikiki
2. hey! you wanna go to mall?
* no, thank u... mlm ni ingat nk pg but no with u.
3. i love you..
* oh really!!!!... but too late....
4. do you want some cookies??
* mekasih jer la.... ada guna2 ker???
5. can you take me a picture?
* buang karan jer la
6. help me in my homework!
* bzzzzz
7. here's my gift to you..
* x mau la, takut termakan budi.
8. let's just be text mate
* bzzzzz..... bzzzzzz...
9. do you want me to buy you an ipod??
* mekasih je la bebnyk.... simpan jer la duit tu wat pegi haji
10.let's sit together in the bus
* x payahhhhh...
11. hi baby..
* goliiiii dennn....
12. you still cute..
* baru tau ker... :))
13. i still love you..
* buang tebiat ker apa???
14. can i visit your house??
* Up to u, aiman x kisah...
15. do you love me??
* sori beb.... NEVER!!!!
Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list :-
* kak ina
* kak ton
* kak zie
* kak masz
* sapa2 yg blum kene kalo baca tolong jawab yer.....
2. ask them to complete this tag
3. repost on their blog
4. write the title "what if your ex said this to you"
jawab jangan tak jawab...
Puding Jagung
Kalo ikutkan tekak ni mmg macam2 nk mkn, salah satu dr kegemaran ialah puding ni pasal sedap, cepat dn senang nk buat. Tak tau la nape suka sangat makan puding ni ala- ala cepat dimasak sedap di makan gitu. Walaupun nampak bodoh jer, tetap nk kongsi gak, pasal dh bnyak kali cuba pelbagai resipi ni, rasa2 nya resipi F&N yg ter bessstttt dan kene ngan tekak ni.....
Bahan2nya:-
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara:-
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
Tauhu Poket
Kalo kira buat ni mmg dah x terkira berapa kali, x tau la nape kreatip nawww mak yong iza ni... apa2 pun memang best laaaaaa... masa memula buat aritu risau terburai aje isi perut tu nanti masa goreng, apa2 hal pon mmg x... kopipes jer la resipinyea ek...:
Bahan2nya:-
5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam
Cara-cara
1. Tauhu dipotong 2.Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....
Tuesday, November 25, 2008
Award
Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
Bagi award nih kat 7 orang bertuah
Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu senang jer kan syaratnya..
1. Yani - pasal mak yong ni mmg rajin n kretif sesangat...
2. Che ' Iza - pasal mak yong ni pon rajin wat roti sampai 2-3 jenis kalo nk mkn.
3. Kak LG - sehari kalo x masuk blog dia x sah, lg satu psl ank dia comei...
4. Kak Pah - pasal rajin wat kek lapis, resipi kek lapis dia... makk aiiii banyknyerrrrr... miss you.
5. Fida - mmg rajin w/pun hnya mkn berdua je.. admire kat dia punya muffin volcano... thanks
6. Ein - pasal dia dh start enjin balik...ampoonnnn...
7. Kak E - pasal kagum ngan sifat pecinta kucingnya tu....
8. Hana - dia ni mmg rajin dapur hari2 berasap...cayalah
* x kira.... terlebih x pe la..... *
Monday, November 24, 2008
Chapcai
Ayam Serai
Udang Supreme
1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
3 batang lada merah - di cincang
3 batang lada hijau - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 inci halia - di cincang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan
2. Tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang
Saturday, November 22, 2008
Ayam Coca Cola
Wednesday, November 19, 2008
Gula-gula Kapas
Spicy Sausage
Balik keje petang semalam hujan selebat-lebat tidak… Sampai umah dh kul 6.30 petang, check esbok banyaknya sampah sarap yg belum di clear kan lg… Apalagi … sebelum semuanya di humban ke dalam tong sampah… cepat2 clear kan ler… sib baik tuan tanah nk makan yg ringan2 jer, nak lawankan ngan sebuku roti yg dia bawa balik… kalo ikutkan bini dia arini rasa malaaassssss jer nak ke dapur… pasal siang dah kekenyangan… x payah citer banyak ler…. ni yo lah yg sempat dibuat, sodap dimakan dgn roti ala2 sanwich or makan ngan nasi pon oraaaaaiiiittttt gak… Apa2 pon susut jugak la isi perut esbok.
Bahan2nya :-
- 6 batang sausage - dihiris
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 2 biji lada merah – dihiris
- 8 biji cili padi – dihiris
- 1 sudu besar cili sos
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat manis
- 1 sudu kecil lada sulah
- sedikit minyak bijan
- lobak merah dan kacang pea
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak
Cara2nya:-
1. Panaskan kuali, goreng sausage sehingga kekuningan. Toskan minyak dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, putih, lada merah cili padi.
3. Masukkan cili sos, tiram, kicap pekat manis, minyak bijan dan lada sulah, masak sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah dan kacang pea dan sausage yg telah digoreng.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Siap.
Tuesday, November 18, 2008
Tepung Pelita
Bahan2nya :-
Daun Pisang – untuk dibuat bekasnya
Lapisan Bawah :-
240gm Gula pasir – dikisar
Lapisan Kedua :-
120gm tepung jagung
60gm tepung beras
60gm gula pasir
125ml jus pandan
2 liter air
Sedikit kapur
Lapisan Ketiga ( Paling atas ) :-
120gm tepung jagung
2 liter santan pekat
Secubit garam
Cara memasaknya:-
1. Layur daun pisang dan potong anggaran 3x2 inci lebar. Kemudian lipat daun pisang
mengikut acuan kotak mancis dan ketip menggunakan stepler. Ketepikan.
2. Untuk lapisan bwhnya, letakkan setengah sudu the gula kisar ke dalam bekas daun pisang
tadi. Sukatan manis gula bergantung kpd individu.
3. Untuk lapisan kedua pula, masak kesemua bahan dgn api perlahan hingga sedikit pekat.
4. Setelah masak tuangkan kedalam bekas tepung pelita yg telah dibubuh gula kisar tadi.
5. Untuk lapisan ketiga ( paling atas ), masak kesemua bahan dgn api perlahan sehingga masak.
6. Tuangkan ke dalam bekas daun pisang sebagai lapisan paling atas.
7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dinikmati.
* Setelah 2 kali di xperimen bhn2 nih… msk jgn sampai pekat, tp separuh pekat sahaja
kerana tekstur lapisan akan keras dgn sendiri dn kalo pekat akan sedikit pejal.*
Monday, November 17, 2008
Tart Comeiii Secomel Orangnya.
Dan Tag Lagi!!!!
1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3 - Post that picture with NO editing.
4 - Post these instructions with your picture.
5 - Tag 5 people to do this.
Hunny kira nasib la yer masa baca tag ni kat opis.... ehehe jadi x la hudoh sangat muka ambo nih... tp manis ada.... wakakakaka
Nak panjangkan tag ni kat sapa ekkkk......
1. Kak Rozie Mama Vouge - pasal masuk ikut pintu belakang, tanpa bawa karipap...ekeke
2. Wani - pasal bg tart yg comeiiii....
3. Ein - saja jer nk bg kerje lebih sket.....
3. Kak Ina - pasal bg resipi ayam rempah spesel
4. Pada sesapa yg singgah je lerrrr....
Award Dari Hana
Nasi Lemak Berlauk
Ayam Goreng Rempah
Jalan2 umah kak ina ader resipi ayam rempah....teruskan perjalanan jalan2 cari makan umah che' iza jumpa lg ayam gereng rempah... apalagi mak yong ckp sesuaiiiii untuk disantap ngan nasi lemak.... hah apalagi terus di "kombinasikan" kedua-dua resipi ni mana yg x de di tambah... mana yg ader teruskan jer laaaaa... Nah hasilnyaaaaa...mabeeelllleeeesssss....Ehehe... resipinyer.... kopipes jer la yer kat atas...
Sambal Tumis Sotong Kering
Bahan2nya:-
- 2 ekor sotong kering - direndam dgn air kapur semalaman sehingga kembang dan dipotong
**Bahan Kisar**
* 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 2 inci halia
- 1 batang serai - diketuk
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil gula merah
- air asam jawa- jus
- garam - secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1.Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan gaul rata. ( kalau kering tambah sedikit air )
2.Masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati.
3. Akhir sekali perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa dan masak sehingga sotong empuk. Siap untuk dihidang.
TAG LAGIIII....
rules:snap work station anda then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
Lorr.... kene tag lg ngan G pasal singgah jln2 pi umah dia.... sori lambat anto laporan pasal server slow... hampeh... malas nk tunggu... badan lak kurang sihat... so layan jer....
Ni my work station... kat umah nih... nk masuk tenet letak tmpt cun sket ler... ehehe... selalu bertukar-tukar jer.... dpn tv la, atas katil la...
Ni masa terbaca tag masa kat tmpt keje, curi tulang sket.... eheheh...Nk panjangkan kat sapa ek?????...... Haaaa.. pada yg masuk umah saya yer... x bg laporan dosa tau...ekekeke...
Friday, November 14, 2008
TAG!!!!
1) bekas kekasih saya adalah
* huhuhu... mlm 3 hari lps jumpa lg... ingat nk pi ngeteh kat warung dpn umah mak, dh berenti ni... alih2 nmpk la pulak mamat ni... terus suh hb jln terus... angin gak dia... siap tnya KENAPA???... hehe lu pikir ar sendiri...
2) saya sedang mendengar bunyi
* bunyi kompressor air cond kat opis nih.... weeeiiii memekak lerrrr... dh sepatutnya kene service.
3) mungkin saya patut
* basuh baju dh lima ari x basuh dh menggunung & kemas bilik... habuk kalo tgk leh tanam padi... kikiki
4) saya suka belajar
* sesuatu perkara yg saya x tahu
5) sahabat baik saya
* masa sek dulu2 ader la.... skunk ni semua dh berkeluarga n buat haluan memasing
6) saya tak paham
* bila makan jer kenyang.... makan jer kenyang
7) saya kehilangan
* my loving kitten - JOJO....:(
8) ramai yg berkata
* minyak dh turun, kenapa harga barang x turun lg....
9) makna nama saya ialah
* Sah... mmg x tau makna nama saya, try gak bukak buku tgk kalo ada makna, tp x jumpa.... kalo ikut cerita nama ni mak bg nama ni pasal masa ngandungkan saya, dia tgk kemaruk tgk citer indon... pelakon perempuan nama... nama saya sekarang la...
10) cinta tu adalah....
* Cinta pd yg Esa kekal untuk selama-lamanya
11) di suatu tempat
* mentang2 semua bos pg meeting.... semua dok cit cat...
12) saya akan cuba
* menjadi isteri yg baik untuk suami, ank/ank menantu yg sempurna pada org tua...
13) makna SELAMANYA ialah
* hingga hujung nyawa...
14) henpon saya...
* Sony Ericson Walkman
15) saya paling meluat bila
* Dah mkn pinggan longgok jer kat singki x reti nk basuh... padahal basuh tgn kat singki.
16) bila saya bangun dr tidur
* solat subuh
17) party adalah
* eeerrrr..... party pinggan mangkuk, party tupperware ker???? =))
18) haiwan yg paling cute
* anak kucing baru 10 hari dh pandai buka mata dan baru pandai blajar jln jatuh... comeiiii sangat kalo tgk....
19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
* masa kanak2, x yah pikir apa2...
20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
* sebelum dan masa tulis tag ni belum tension lg...
21) mlm ini saya akan cuba
* cari sotong kering nk wat nasi lemak esok
22) saya btl2 inginkan
* Toyota Vios... dh lama jatuh cinta dari first model lg... fulussss cukup kerrrr?...
23) bila tgk muka kt cermin pg td
* Bernafas lg aku hari ni yer... aminnnnnn.... eeehhh... cam dh cerah sket jer muka ni sejak tukar set pencuci muka...:p
24) shopping kompleks
* K4 jer la... tu yg paling dekat...
25) makanan segera biasanya
* MacD, kalo x sempat kuar lunch delivery jer....
26) ayat2 terakhir kata pd org...
* esok ari sabtu... syok nyer.........
27) nk pnjgkn tag ni?
* pd sapa ekkkkk.... haaaa pada ZALIANA le... pasal dia dh start enjin balik nmpk nyer.... Tag ni bg dia warming up jer.....;)
G, dah abis jwb yer...:)
Thursday, November 13, 2008
Sanwich Bakar Mayonis
Masa baca harian metro hari ahad 2-3 bulan yg lepas, ada la jumpa resipi ni kat dalam, resipi akak yg menang & terpilih untuk resipi mingguan bersama Lady's Choice...nampak menarik apa lg try ler....base nyer sama jer ngan sanwich biasa cuma letak mayonis jerrrr.... sedaaappppnya kalo wat mkn tuk sarapan pagi.... x pon layan jer tekak nk makan bila...
Bhn2nya:-
1 buku roti gardenia - roti lain pon bole
1 tin besar sardin - ambil ikan sahaja dn dilenyek
1 biji bawang besar - di hiris halus
1-2 lada hijau/merah - dihiris halus
2 biji limau kasturi - diperah & ambil jusnya
2-3 sudu besar mayonis - belasah jer la nk guna mayonis apa
1/2 batang lobak merah - dihiris
pecungkil gigi
Cara2nya :-
1. Panaskan oven pada suhu 170c, gaul rata kesemua bahan2 diatas sehingga sebati.
2. Masukan inti sanwich keatas roti dan gulung roti dan selitkan pencungkil gigi agar tidak terbuka. Buat sehingga selesai.
3. Letakkan sanwich yg telah siap digulung keatas dulang pembakar dan bakar sanwich tadi selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2. Siap untuk dimakan.
Wednesday, November 12, 2008
Kuih Kaswi
Tak tau la nk cakap apa...memang suka sangat makan kuih kaswi...heh kalo saya gelarkan kuih ni kuih kentutttt!!!!...hahahaha. Tuan tanah kalo makan kuih ni mmg x toleh kiri kanan...mak mertua lalu pon wat derkkkk jer....kalo pasal buat jgn ckp laaaaa...mmg dah bnyak kali buat, resipi dari chef divo "CMG" kita...resipi copipes jer la ye... tq cik mat. ....
Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..
** Pewarna coklat tu saya tukar ngan kicap pekat.. makcik bgtau.... lg lemak rasanya **
Monday, November 10, 2008
Bakso
Sunday, November 9, 2008
Kari Ikan Tenggiri
Bahan2nya:-
- 5 keping ikan tenggiri – dibersihkan dulu bersama asam garam
- 1 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih* ( * bahan hiris )
- 1 inci halia*
- 1 sudu besar halba campur
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji tomato – dibelah empat
- 2 - 11/2 senduk rempah kari ikan – pilihan terbaik semestinya BABAS
- 5 sudu besar jus asam jawa
- 400ml air
- 100ml santan
- garam, gula & pak aji secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara2nya:-
1. Panaskan minyak, tumis halba campur & daun kari, kacau sebentar dan masukkan bahan* dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan masak lg sehingga garing dan tambahkan dengan jus asam jawa.
3. Masukkan air, diikuti santan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan ikan. Masak selama 10minit.
5. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Perasakan dgn garam, gula & pak aji secukup rasa. Sedia untuk dihidang.
Tauhu Telur
Bahan2nya:-
- 3 biji telur gred A - 4 biji kali gred B
- 1 keping tauhu – didadu kecil
- 1 sudu besar tepung gandum
- garam secukup rasa
- minyak secukupnya intuk menggoreng
Cara2nya:-
1. Pukul telur bersama garam sehingga kembang.
2. Tahu dipotong dadu dan dimasukkan kedalam telur.
3. Masukkan tepung kedalam telur tersebut, kacau sebati.
4. Panaskan kuali dan sendukkan satu adunan telur tadi kedalam kuali.
5. Goreng seperti menggoreng telur dadar biasa. Sedia untuk dimakan.
* Enak dimakan ketika masih panas bersama sos cili.
Ikan Bawal Sambal Asam Jawa
Bhn2nya:-
- 1 ekor ikan bawal hitam – di potong 4 & dibersihkan
- 100ml santan
- 50ml jus asam jawa – saya bancuh sedikit pekat
- 1 inci halia *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar * ( * dikisar )
- 1 biji lada merah*
- 8 biji cili api* - yg ni tambah sendiri, kalo x pedas x lalu uuuuu….
- minyak masak - untuk menggoreng/menumis
- garam, gula & pak aji secukup rasa
Cara2nya :-
1. Goreng ikan bawal sehingga separuh masak, Angkat dn ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan2kisar sehingga berbau wangi dan gesikit garing.
3. Selepas itu masukkan air asam jawa dan kacau rata.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan garam, gula & pak aji secukup rasa. Kacau lagi sehingga pekat.
6. Angkat dan tuangkan keatas ikan itu tadi, sedia untuk di ngappppp….
Friday, November 7, 2008
Puding Marble
Bahan-bahan :- ( 8 - 10 orang )
2 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 Gelas susu segar
3 biji kuning telur
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung kastard
1 gelas gula
Cara-cara :-
1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Mee Hailam
Bhn2nya :- ( utk 3-4 org )
- 1/2 kg mee kuning
- 1/2 liter air
- 1 biji bwg besar - di hiris
- 3 ulas bwg putih - di ketuk
- 2 keping isi @ dada ayam - di potong kecil
- 1/2 pek fish ball - di belah 2
- 2 sudu kecil lada hitam - di tumbuk... kalo nk pedas tambah sendiri
- 2 keping tauhu - dibelah 6
- sos tomato, sos cili, kicap pekat manis & sos tiram - yg ni saya agak2 jer.. hehe
- lobak, sawi & taugeh
- minyak bijan - secukup rasa
- garam & pak aji - pon sesedap rasa
- minyak untuk menumis
Cara2nya :-
1. Panaskan kuali dan masukkan isi ayam dan goreng separuh masak dan masukkan bwg besar & putih tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tomato, cili, tiram, kicap, minyak bijan & lada hitam kacau sehingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit ( ikut kepekatan yg dikehendaki yer.. ) biarkan sehingga mendidih dan setelah mendidih masukkan fish ball, tauhu, sayur2ran. Perasakan dgn garam & pak aji.
4. Akhir sekali masukkan mee, kacau rata dan siap untuk dimakan.
** Nama pun masak apa yg ader... tu yg kaler kurang cun pasal kehabisan dan kekurangan kicap. Hentam sajalah labuuuuuuu....**
Tinggal Kenangan.....
Hari ni genap seminggu Jojo hilang... sedihnyer jangan cakap ler hanya Tuhan saja yang tahu... x sangka lak terima call dari G dia bgtau... Ana, ko ader lepaskan Acang ( bujang ni adik pd si Jojo ) ker pg td... X de...x lpskan pon ada dlm sangkar... ni haaa ni dia ader kat dpn...tp Jojo x der, aku rasa Jojo dh kene rembat laaaa...Iye ker!!... ko biar betulll... aku rasa betul la pasal pintu pagar umah man terbukak dia panjat tembok agaknya pasal pagar umah ko dia nk bukak x lepas....
Memang x sangka sampai camtu sekali, kalo betul la kene rembat ngan org.... PULANGKANNNNN!!!! Jojoku.... Yang buat saya sedih... risaukan makan minum dia la...camne la agaknya ye... yg si acang pon nmpknyer x senang duduk asyik mencari jer....
Sedih punya pasal apa lagi melalak ler tuan punya kucing.... hah....sampai bengkak biji mata... abis kene tanya esoknyer kat tmpt keje... nape mata bengkak sakit mata ker... apa lagi nk cover line punya pasal.... ha'ahhhhh...
En Hb pon sedih... tp biasalah org lelaki ni mana nk tunjuk dia punya sedih.... tiap kali balik keje petang mesti pi ronda kat kg & taman yg berhampiran mana lah tau ader....tapi hampa... x pe kalo betul kene rembat... mesti dia simpan dulu punyaaaaa... mana boleh kuarkan sekarang... Semalam masa En Hb balik dr kursus ( 4 hari ) dia ckp ptg ni nk sambung cari Jojo lg mana lah tau org yg rembat tu dh mula leka ker... ialah dh selamat katakan....Uiisshhh... x sangka dia masih ingat lg. Kalo x jumpa gak... nampak gaya mmg x de rezeki. Pada yg rembat tu harap2 kalo dah rembat tu jagalah Jojo tu baik2...Waaaaaaaaaaaa.....
Thursday, November 6, 2008
Nasi Tomato
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
- 4 cawan beras basmati
- 2 biji tomato - potong dadu/dibelah
- 4 cawan air - cawan yg sama
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar rempah kurma
- 1 senduk sos tomato
- 1 helai daun pandan
- gajus digoreng tanpa minyak / di panggang
- garam & pak aji secukup rasa
** Bahan tumis **
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
** Hiasan **
Bawang goreng & Daun sup
1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau setelah naik bau masukkan rempah kurma dan kacau sehingga garing sedikit.
3. Masukkan beras. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tomato, tomato, gajus, susu, air, daun pandan dan sedikit garam & pak aji secukup rasa.
Masaklah nasi macam biasa.
** Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan boleh dimakan bersama ayam masak merah/kari/kurma atau daging kari/kurma dan pencuk atau acar mentah.**
Nasi Ayam Kepak
Pai Tee
Bahan-bahan:- ( Leh Dpt 25 biji )
KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee
INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah
Cara-cara
UNTUK KULIT PAI:
1. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
3. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
4. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
5. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
UNTUK INTI:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
2. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
3. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.
Puding Tauhu
Sebenarnya puding ni dh banyak kali try buat... memang sedap rasanya...semua kengkawan yg datang umah kalo dia orang tanya mana dapat idea buat puding ni... nah ni jawapannya...resipi dari " Kak Nor Ganu Kite " ler punya resipi, jemu gakkan kalo asyik belasah puding kuah susu jer...Meh kita try wat sama2 hasilnya memang puas hati la org kata...Terima kasih daun keladi Kak Nor.
1 1/4 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
Cara-cara
1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas (spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Wednesday, November 5, 2008
Mukadimah......
Salam kepada semua yg sudi singgah...sudi jengah...sudi skodeng...sebenarnya dah lama hajat di hati berangan nk wat blog sendirik..tp belum ader kekuatan dan keberanian nk buat...hehehe.. buta IT pun satu hal gak maklum lah org kampung...kahkahkahkah....tapi dh namanyer blog "Syok Sendiri" teruskan jugak...sib baik ader cikgu yg sudi ngajor murid tua nih sampai paham... heeemmm... pon kekadang x paham2 gak... paham2 ler...dh lama x brainwash...berkarat pon yer gakk....dan yg paling penting dh dpt keizinan dari En Hb ( weeiii makan bulan gak ler nk mintak izin...huhuhu...) tu yang laju jer...
Dan terhasil lah dapur "Syok Sendiri " Terima kasih Cikgu G... jasamu tetap ku kenang...kalo ader anak murid tua wat hal lg x paham2...jgn tension ngajor yer.... Pada yg sudi singgah..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.... hah lupa lak, ni juga dikirakan dapur rojak. Sekian.