Saturday, July 30, 2011
Bubur Pulut Hitam Durian
Bahan2nya:
1 1/2 cawan beras pulut hitam
1- 1 1/2 cawan gula perang – bergantung pd masing2 manisnya
1000ml air ( 500ml lg stanby kalo masa rebus pulut itam air berkurangan)
200ml santan pekat
5-6 ulas isi durian ( nk masokkan ngn biji2 pon boleh )
1sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpul
Cara2:
1. Didalam periuk, basuh beras pulut hitam, masukkan air kedalam periuk beserta daun pandan masak sehingga beras kembang.
2. Tambah ektra air jikalau air didalam periuk kering dan masukkan gula, garam dan santan, masak sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan durian, kacau sebati. Siap.
Friday, July 29, 2011
Air Kembang Semangkuk Ala Cikong
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
6-7 biji kembang semangkuk
1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
12-14 biji buah mata kucing ( kering )
7-8 ketul buah kabung
1 1/2 - 2 jag air
Cara-cara
1.rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang didalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air.
2.buang kulit kembang semangkuk serta urat-urat@akar nya
3.masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yg berisi air kembang semangkuk tadi
4.masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih
5.setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung dan kacau.
6.tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dgn air dan bolehlah padamkan api.
7.sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.
Thursday, July 28, 2011
Puding Kembang Semangkuk
Assalamualaikum dan selamat khamis malam jemahat... hehehe... adoyaiii... x sangka leh menang teka teki teka tekuk anjuran kak pia itu... hadiahnya resipi puding ini la... hehe... ekceli, puding ni mmg dh penah makan dn buat masa jaman2 blom ada blog lagi... mmg sedap resipi ni, memandangkan resipi tu tah ghaib kemana, kalo x silap lam majalah rasa 5-6 thn yg lepas, memori kad kat pale otak pon ghaib gak... heheh... tup2... ada pulak yg tayang puding nih... ekekeke... apalg... berkobar2 kemain lg, mcm sikudung dpt cincin... heeeee... berbalik pada soklan teka teki tuan puding tu, camne bole btol, per1 mmg penah makan, ke2, pasal tgk kembang semangkuk duk terapung2 atas puding tu, kalo silap mata mmg leh pikir cincau, tp bila duk tenungggg (sambil jeling tuan puding... ekeke...) btol2 then nampak cam berakar n berketol2, bergentel2... sah puding kembang semangkuk... ekekeke.... x sangka lak btol... heeee.... ke3, pasal kembang semangkuk mmg x penah putus kat rumah ni, kalo putus pon paling lama 3 hari, pasal kembang semangkuk ni la obat tuk tonsil my darling... heee... hari2 ngadap dr rendam, kembang, pilih buang akar, buang kulit, mana x naik hafal luar dalam isi perot kembang semangkuk ni... hikhikhik... Alamakkkkkk... golllll!!!!.... ekekekekke.... jom layan bola ngn puding ni... sedapppp... hahaha... Tq kanda pia.... ;)
BAHAN-BAHAN:
(A) 10 Biji buah kembang semangkuk
~ rendam hingga kembang~ buang biji serta kulit- ambil isinya shj.
(B) 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
70 gm gula
200 ml santan pekat
1000 ml air
Sedikit garam
Cara:
1. Masukkan semua B ke dalam periuk, kacau selalu hingga mendidih.
2. kemudian masukkan isi buah kembang semangkuk, kacau sebentar dan bolehlah dituang ke dlm acuan.
3. Biarkan sejuk dan masukkan ke dlm peti ais. Enak dimakan ketika sejuk. Selamat Mencuba!
Friday, July 22, 2011
Pengat Pisang Tanduk
Oklah, seblom pisang tanduk pemberian jiran ni hampir kecut lam esbok, nk di goreng mmg dh x sesuai, memengat je la gamaknya... ok selamat menjamu mata dn selamat beristirehat di ptg jumaat... cauuu!!....