Salah satu menu semalam gak atas permintaan En Hb... dia dok membelek majalah rasa Dec'2008 terus mengidam.... kehkehkeh... Kalo nk citer pasal rasanya, seakan-akan satay, tapi aroma serai tu yg menggoda pelusuk jiwa dan mendatangkan rasa tersendiri....cewwwaaahhh.... cepat dan mudah cara penyediaannya.
Bahan2nya:-
500 gram isi ayam - dipotong sedikit nipis dan dibersihkan
2 inci kunyit hidup - ditumbuk
3 sudu besar madu.
2 sudu besar kicap pekat
serai - di belah tengah untuk menyepit daging ayam (jgn sampai putus)
Cara2nya:-
1. Gaulkan ayam bersama kunyit, madu dan kicap setelah gaul rata selitkan daging ayam td di celah serai dan perapkan selama 1/2 jam.
2. Bakar selama 5-1o minit. Sedia untuk dihidangkan.
*baki ramuan perapan ayam jgn dibuang, jadikan bahan untuk merenjis daging ayam. Bakar ayam ikut suka masing2 sama ada mahu gareng ataupun biasa2 sahaja*
No comments:
Post a Comment