Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Kuih Siput

Assalammualaikum semua... ada x yg carik2 mana pegi bdak ana ni kan, nk kata dlm mode raya, dh nak masok raya deepavali ngn raya haji x kan masih mode raya lagi ek... heheh... x de... ada2... x kemana2 pon, cuma seperti biasa la... mmg malas giler nk update blog nih... heheh... bole gitu... bole jek kan... lumrah je semua ni, ada masa rajin malas rajin malas malas malas malas malas malas je banyak... heeee... tgklah tu sampai merayap siput satu rumah pasal x dibersihkan... heheh... Oklah, gini... bln posa aritu mmg ada wat kuih siput nih... dh berposing bagai mcm nk rak, save folder ingatkan nk post kalo free... perap kemain lama x post2... last week ingat nk post la saja2 menu tertangguh nih... carik2 ilang lak tah mana la siput ni merayap x balik2... huhu *sambung raya kot*... ilang dlm simpanan... penin carik... ah lantak arrr... pastu abuk pon tadak yg tinggal... so, ni kira menu tertunggak la jugak, gentel siput weekend aritu, pasal mmg peberet sepanjang zaman dn mkn mmg x hengat donya... ni baru sempat nk update... heheh... oklah... resipi dr Syahmi Myr.... tengs yaaaaa... mmg puas hati la... cuma rajin ngn mls je nk gentel... pastu mcm patern dan saiz ada ahli korga siput ni heheh... paham2 sendirik la yer... heeee... Oklah, dh x dak idea... akhir kata... bye... :D



Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine - yg ni lebihkan lg 50gm
1 s. kecil serbuk jintan manis
1 s. kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
Daung bawang /daun sup (dihiris )
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara
1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

Tuesday, August 16, 2011

Iftar 15 > Kuih Lapis Kacang Merah

Assalamualaikum dan selamat pg tu semua, alhamdulillah… syukur kehadrat Allah, kalo sampai arini posa, dh ari ke 16… ishhh… cepatnya masa berlalu… dah nak raya… hehehe… oklah x nk celoteh panjang, x de idea… heeee… Cuma nk cakap, ni lebihan inti kacang merah yg buat aritu… tu yg wat kuih lapis kacang merah ni semalam, kuih aje yg sempat post, menu lain takdak... x sempat, dh azan... heheh... bila masok rumah izah, ada kuih ni, kemain lawa posing kuih dia… mmg x penah try lg kuih lapis cenggini, dia nampak dr dpur kak ayu s’pore, skodeng la rumah kak ayu, pon bkn main mengancam kuih lapis dia, nampak seketul2 kacangnya… mmg gerek sehhhh…. Hehe…. Resipi hasil eja@Myr... Ishhhh… x bole link pulak nama eja ni… huhu… apa2 pon, tengs ya pada semua n pada empunya resipi… kopipes resipi dr rumah kak ayu tuk rujukan masa tua nanti… heeeee… layan… ;)

Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum-(1 cup plain flour)
1 cawan tepung beras-(1 cup rice flour)
200ml santan -(200ml coconut milk-small box)
sedikit garam-(some salt)
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis-(3/4 cup sugar, I used 1/2 cup only since the red bean paste are already sweet)
400 gram pes kacang merah-(400g red bean paste)
pewarna merah dan kuning star brand-(red and yellow colouring)
1 cawan air panas untuk larutkan gula-(1 cup hot water to dissolve the sugar)
3 cawan air biasa-(3 cups room temperature water)

Method:-
1.Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
2.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti.
4.Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

1.Dissolves sugar in 1 cup hot water. Add in coconut milk and the other 3 cups of water.
2.Add in flours and stir till incorporated. Strained mixture so that it wont cuddle. 3.Divide mixture to 3 parts. First add 1/4 tsp red colouring, 2nd add in the red bean paste and stir till incorporated. 3rd, add in 1/4 tsp yellow colouring. Grease tray with some oil so that it wont stick.
4.Add 1/2 of the red mixture into tray and steam for 5 minutes.
5.Uncover the lid and wipe away the vapour. Add in 1/2 red bean paste mixture. Steam for 5 minutes. Uncover lid and wipe away vapour. Add in 1/2 of yellow mixture. Steam for 5 minutes. Repeat the steps, red bean paste, yellow and lastly red. After finish the last layer, steam for another 30 minutes.

Monday, August 15, 2011

Iftar 14 >Tepung Gomak

Gud morning... ini pencuci mulut posa semalam, tepung gomak menu peberet bln posa... ngidam nk mkn dr 1 puasa aritu... nk carik bhn bknnya susah, tp bz... semlm baru sempat buat, suruh tuan tanah kalo balik keje beli kuih ni, maklom la, dia jaga bazar ramadhan, mesti byak kuih muih jual ye x???... tp balik keje yg dia bawak tepung kacang hijau...sabo je la... aikkk... apsal tepung, kuihnya mana????... buat sendirik jawap dia... hahahha... hampeh!... so, ni merajinkan diri buat kuih peberet ni, penah buat dlu, resipi tgk sini kalo nk cuba try test ye... puas hati kalo buat sendiri, inti sukahati nk buh berapa banyak, kalo selalu buat inti kelapa, mai la try inti kacang merah... mmg terbaek laaaaa... ni lah hasil projek inti kacang merah semlm... hehe... x de la projek mega bagai bila buat inti kacang semalam hehe... hah!... lg 1, kalo nk mkn kene sopan santun, jaga percakapan ketika mkn, ada yg tersembur muka org depan nanti kalo mkn sambil mencece... hahaha... inti kacang merah mai cek- in sini ye... ;)

Bahan2nya:- ( 6 - 8 keping )
2 cawan tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya
Tepung kacang hijau secukupnya - utk menggolek

* Bahan untuk inti *
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan kelapa parut
1/2 sk tepung gandum
* manis ikut memasing yer*

Cara-cara:-
1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk.
4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan dan masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula. Ulang sehingga habis.
5. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
6. Masak hingga timbul barulah diangkat dan ditoskan
7. Golekkan dalam tepung kacang hijau. Siap.


Tuesday, August 9, 2011

Iftar 9 > Onde-Onde

Selamat malam semua... alhamdulillah... genap 9 hari dh kita berpuasa... sapa yg dh raya dlu angkat tgn... hehe... onde-onde... ni je yg sempat dibuat tuk pembuka posa ngn pencuci mulut selepas buka... heheh... ramai yg tau buat, tp saja je nk share gak... hahaha... nk wat onde-onde pulut itam, x de masa nk carik tepung pulut hitam hahaha... buat je la yg ni... ekekeke... apa lg ek nk ckp... ermmm... erkkkk.... blur dahhhhhh... hahaha... so, layan je la... :D

Bahan: ( dpt la dlm 20-25 bijik)
1 cwn tpg pulut
1 cwn pati air pandan
gula melaka / gula merah
pewarna hijau (optional)
kelapa parut putih di gaul dgn secubit garam *saya kukus sebentar selama 5 minit bg kelapa tahan lebih lama*




Cara:
1. Didalam bekas, bancuh tepung pulut bersama pati air pandan & sedikit pewarna, sendiri adjust, jgn terlalu lembik, anggar boleh dibentuk.
2. Ambil adunan sebesar guli & tepekkan di atas tapak tgn, masukkan sedikit gula melaka/gula merah & tutup kembali menjadi bulat.
3. Didalam periuk, panaskan air sehingga mendidih & masukkan adunan td sehingga timbul * timbul tu tanda adunan dh masak*
4. Angkat adunan didalam tapis dan toskan airnya, golekkan adunan td di dlm kelapa yg telah digaul dgn sedikit garam. Siap.




Sunday, May 29, 2011

Puteri Dua Sebilik @ Tepung Bungkus

Selamat pagi pada semua rakan2 blogger... selamat berhujung minggu... coti skool dh mula, jenjln mana ye agak2nya... saya jan ditnya... duk rumah jek dn start packing memakcing apa2 yg patot, almaklomlah x lama lg nk pindah... huwaaaaaaa... heeee... mcm la nk pindah obersi... haha... padahal dr rumah sekarang ke rumah baru x la jauh sangat dlm 10-15 minit jek... heheh... oklah... Tepung bungkus ni wat tok minom ptg semlm... dh penah dgr nama kuih ni 2-3thn yg lepas!... sian kan aku nih... heeee... biras aku rajin ckp kuih ni best!... adik wahid pon suka mkn... aku dgr of coz la teruja... hahaha... tp serunya nk buat tu tgk la, mkn tahun... hahaha... nyesal!!!... nyesalll!!!... x try 2-3thn yg lepas... huhu... mmg best!... Resipi dr Noosha... mmg sedapppp... simple n senang!... tp den derhaka sket dik non, tang 2 org puteri itew... ai skip jek, pasal tuan putera kat sini x mkn pulut... yg lain semua ada... heeee... tu yang nampak 2 org puteri tu seksi sket jek!... ahaks!!!... haha... tapi nor, memandangkan 2 org puteri itu dh dibuatkan bilik, kalis bunyik lg x la kisah sangat... haha... :P... tengs dik non... mmg best dik non... ai lebiu... ;)


Bahan-bahan ( Untuk Inti Kelapa )
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan-Bahan B (Untuk "2 Orang Puteri")
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran (saye pakai pink & hijau)

Bahan-Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.



Cara-cara:

Untuk Inti Kelapa
1. dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
2. bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
3. bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

untuk Bahan-Bahan B @ '2 Orang Puteri'
1. campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.
2. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
3. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
4. ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Untuk Bahan-Bahan C @ 'Bilik Puteri'
1. masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.
2. ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
3. lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
4. ulangi proses 14 & 15 hingga selesai kesemuanya.
5. kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~ q;-)


Thursday, January 20, 2011

Bingka Sukun

Slamat ptg khamis pd semua pengunjung blog ni, haaa... kalo dh masok blog aku ni jan lupa bawak beg plastik ye tuk tadah muntah, mana tau nk termuntah tgk menu sukun lagi... haha... kalo yg bole tahan muntah tu sila tahan yek!... ekekeke... Sukun lg ok!... tp kali ni bingka sukun.. ngeh ngeh ngeh... Ekceli, sukun ni aku dpt 2 ari lepas, masa balik keje aku ikot incik somi gi umah tukang rumah nk bayar bil tukang, nk dijadikkan citer seblah rumah tukang ni ada pokok sukun, mak aiiii.... kemain tinggi ya robbi pokok nya, buahnya pulak... ermmmm... jan ckp la... tukang rumah tu ckp, pokok ni, tuan rumah sewa dia dh wakafkan, sapa nk buah panjat sendirik, x kan wahid nk panjat, tau2 je la badan wahid camne pd yg dh penah jumpa or tgk... kehkehkeh!... pendamkan je la nk buah sukun, pastu incik somi berbunyik, goreng pon sodap ni... apalg, aku pon menyampuk la ckp dia, wat bingka pon sedap nih, wehhh... mcm la aku penah rasa... ekekeke... so, tukang tu ckp la, nk ke???... haha... korang pikir la sendirik ye jwpan nya... haha... pastu, dia amik galah dn panjat, mak aiiii... aku yg kat bawah yg kecut perut tgk... kemain laju dia panjat dah mcm beruk mat yeh aku tgk pon ada... haha... siot jek ek aku ni, dh org amikkan. beruk mat yeh aku ckp... mcm je ok... haha... mmg masa mintak tu aku ckp nk yg sedang tuk goreng 1 n yg masak x bole goreng 1, nah!!!... ni lah hasilnya... hehe... bingka sukun tuk minom petang!... Resipi asal yg sedap ni, mmg sedap beb baru bole ckp pasal aku dh rasa, oleh Kak Am Flora... tq kak am yg rajin memasak itu.... Aku amik resipi ni kat rumah Kak Ayu S'pore, skodeng rumah dia la bru aku tau sukun leh wat bingka... kihkihkih... lg cun melecun bingka diorg banding ngn aku nyer... huhuhu... tq wat kakak2 yg baik ati ni... hehe... Pada kak ayu... bingka sukun siapppppppp!!!... layannn.. :D



BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor- (saya gunakan 4 bijik)
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan - (guna santan kotak M&S 250ml)
150ml air - (saya guna 200ml air)
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning ( saya x bubuh, ori kaler )
sedikit bijan (jika suka)



CARANYA
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.

Sukun Goreng Kunyit

Salam pagi khamis bg semua... pd yg menyambut thaipusam selamat menyambut... rugilah mlm td x ronda bandar, kalo x mmg tiap2 thn mlm thaipusam mesti ronda bandar tgk org yg menyambutnya berarak... mmg happening beb... saja suka2 tgk!... apa leh wat, incik somi x sehat... huhuu... dh la ye, layan je la sukun goreng kunyit bekpes aku pg ni, utk yg x koje arini cam aku pasal hari ini kita public holiday... haha... resipi mudah, sukun+kunyit+garam = sempoi dan terbaekkkkkk!!!! layan ngn sambal kicap tahun yg x sempat aku snap pic, so layan resipi sambal kicap tahun nang kene yo @ kat sini yo... hehe... layannnn... pastu ngam2 siap nk melantak dpn tibi channel main lak citer cinta si sukun.... wakakakaka... hah!... dh kene la tu... ketawa seb baik x tercekik incik sukun neh!... hahaha... dah la, layan jek la menu x seberapa ni.... wa cauuuuuuuuu!...

Sunday, January 16, 2011

Apam Beras

Salam hujung minggu semua... dh malam baru nk menonjolkan diri laks... hehe... arini, ni ajelah yg selamat ditonjolkan untuk tatapan semua... apam beras or apam salju, yg lain2 menu lunch x sempat nk perposing bagai, pasal dh lapar sangat hahaha... so, ni je lah yg sempat diberi untuk santapan mata korang n perutku tuk minom petang td... haha... Apam yg fofular lg glamer cik apam beras or salju... org lain dh lama ngetes dn dh lama jadik baja, haku baru nk terhegeh2 buat apam yg best ni... haha... maklum lah, aku kan selalu ketinggalan jekkk... hehehe...Akceli, apam ni aku dh penah buat 2 kali termasok kali ni, cuma kali ni jek aku sempat snap pic... ok lah layan je lah resipi apam dr Cha MyResipi nih, tq cha... 2 thumbs,mmg best n sedap apam ni, diam x diam nk dekat 10 bijik aku bedal...walaupon x ckup sifat (x de kelapa) haha... kus semangattttt!!!... ekekekkeke... ok, so layan je la yer... ;)



Bahan-bahan ( 5 org )
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam



Cara-cara
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!



Wednesday, December 1, 2010

Apam Pelangi

Gud morning semua... heheh... org sibuk mengapam, aku pon sibukk gak... Huh!... x boleh jadik nih... memandangkan dh lama x mengapam... nak2 kat rumah kengkawan semua tgh demam mengapam, haku pon tanak ketinggalan gak... kol 5 pg taw aku bangon tuk mengapam apam pelangi ni... jadiklah tuk bawak bekal aku laki bini gi keje... Agaknya mixer aku yg duk lama lam stor tu tekojot kot alih kene guna... bunyiknya dikeheningan subuh kemain dasyat lg... heheh... cam vakum rumah ada, cam mesin rumput pon ada... kemain kuat lg bunyiknya... haha... ke pasal dh lama tersimpan, dah tu ayam brand lak tuh... ekekeke *bodekkk... nk beli baru... hehe...*... cam hairdryer pon ada gak... uhuk... uhuk...
Mahap la jiran2 keliling rumah sekelian, jikalau ai menganggu lena kalian... heheh... ok lah, meh la layan apam pelangi aku yg tah apa rupa tah nih... haha... resipi dr dapur Kak Ilah JY, kemain cantik apam dia... kak ila, hana, kak nor, izah dn sapa2 lglah yg dh cuba... pon lawo2 apam diaorang ni... try la skodeng kalo x caya... ;)... Thanks ye kak ilah tuk resipi apam yg sedap ni... ;)




bahan:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
pewarna



caranya:
1.pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
2.masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
3.masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacu rata
4.bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak...

Thursday, November 25, 2010

Roti Jala Jekkk...

Selamat malam jemahat semua kepada pengunjung blog aku ni... ekceli, ni ajelah menu aku tuk arini ni, nk pos n3 pon malas jek, kekenyangan punya pasal... dr tmpat keje td aku dh terbayang2 roti jala... dh lama weh aku x makan... huhu... memandangkan kari daging korban masih ada baki lg yg wat masak pg td tuk bekalan kami gi keje ada lg... so, aku tinggal menjala je la... nak2 laki aku arini balik mlm, dia keje obertime... kalo dia obertime, mmg aku kene kenyangkan diri aku sendiri, dia mmg dh x mkn ler... jadik tu la aku menjala tu... itupon daging korban masih ada lg lam esbok tu, hadoila dh x tau nk masak apa dah... tggu weekend je la...



So, mlm ni aku layan roti jala ni ngn kari daging ngn neskepe panasss jekk... cukup la tu... hehehe... aku x cukup rajin nk mengirai arini main hentam kromok je... belasah aje lah labiii... x de nk gulung2 bagai, camni jelah paras rupa hasil jala aku ni... ekekeke... pengakhirnya masok mulut ngap!... yg penting sodap n konyang!...


Monday, November 22, 2010

Kuih Tiram II

Salam bersiaran dimlm hari bg menu tok minom petang... ekekkeke... ptg td aku merajinkan diri meniram, melidah jin, membuaya kuih nih.. hahaha... pasal bnyak nama kuih ni kan3.. hikhikhik... aku panggil kuih lidah buaya... dasat lidah buaya aku ni, camni gamaknya rupa paras lidah buaya aku nih... hadoyaiii... x mcm org lain punya cun melecun.... tp kan... tp kan... mmg best weh kuih ni... lembut n rangup nak pas mekapkan ngn gula halus... sedap wehhh... aku wat 1/2 adunan jek kuih ni, itupon dh azam dibuatnya... hahaha... banyak gak dapat, 1 tupperware dapat nih... Resipi yg tiap kali aku buat adalah resipi Fida S_Shamen MyResipi... terbaik beb!... thanks fida... i like... hah... apalg erk nk ckp... hehehe... mati idea dh... haha... so, layan je la... haaaaa... nk tgk step by step... mai tgk sini.... ;)





Bahan2nya-:
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**



Cara-caranya:-
1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, November 21, 2010

Kuih Bakar Labu

Morning semua kawan2 blogger... harap sihat walafiat semuanya ye... akceli, kuih ni bakar semlm petang utk minom petang... last2 dapat merasa nak dekat kol 6 setengah, so... ada balance lg wat la makan tuk bekpes arini... hehehe... dh KIV punya lah lama resipi ni, barulah berkesempatan nk buat, baru2 ni, noorsha penah buat, pengembala kamben pon penah buat, ramai lg rakan2 yg penah buat kuih bakar yg best ni. Resipi asal dr rumah Jejaka Sedenak @ Mat Gebu anak Pak Ibrahim... hehehe... tersangat lah sedapnyerrrrr... lemak manis, lembut... rasa manis pon ala2 kadar jer... hehehe... Thanks mat resipi kuih bakar yg mabeles ni... amik resipi gak yer tuk rujukan akan datang... ;)



BAHAN-BAHANNYA :-)

5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus



CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

nengok la... senyum sokmo kuih bakar ni... ekekekeke

Monday, November 1, 2010

Lempeng Roll

Selamat mlm semua, ni ajer lah menu tok dinner mlm ni... lempeng roll!... kenapa lempeng ni menjadik lempeng roll cuba pikir... ekekekeke!!!... huh!... yoyo oooo jer haku ni.... ekekeke... padahal lempeng biasa jek... kehkehkeh!!!... aku saja jer nk kasik lempeng ni glamer sket walaupon hakikatnya dh vateren lempeng ni, agar lempeng ni menjadi bertambah glamourous atau glamouristikkkk aku gulung jek lempeng ni... hahaha... kalo nk bagi cun lempeng ni, pakaikan ajer lipstick or skirt... hahaha... jan marah yer, melawak jer... hehe....
Aku layankan lempeng yg x seberapa ni ngn sambal sardin, sebenarnya, aku kecur tgk kak Am Flora dok tayang lempeng dia kat aku 2 minggu lepas... hehehe... sambil tu aku memecahkan dara pan yg aku beli ngn Kak Mimi... hehehe... so jadik lah lempeng glamour ni pasal dia dok lam pan baru... hahaha... ada sesiapa ke nk resipi lempeng aku ni x????... haha... tgk je la yer aku boh sini, kalo ada yg terberkenan nk try amik la resipinya... hehe



Bahan2nya:-
2 cawan tepung
2 cawan air * sukatan cawan yg sama ngn tepung *
1 biji telur
1 sudu kecil garam

* nak mkn cam biasa pon bole gak... hehe *

Cara2nya:-
1. Masukkan semua bahan2 diatas didalam blender, blender hingga sebati adunan.
2. Panaskan kuali leper yg disapu sedikit minyak masak or non stick, ambil 1 senduk adunan tadi dn tuangkan kedalam pan tersebut. Buat bulatan senipis yg boleh, terbalikkan permukaan bahagian atas kebawah dan angkat apabila sudah masak. Siap

* jikalau hendak gulung, setelah angkat gulung seperti menggulung kuih ketayap or laksam dan potong ikut suka*


Sunday, August 15, 2010

Cucur Udang II

Hah!.. ni pulak menu yg aku sediakan tuk morih mlm ni kat surau, kali ni mmg turn taman aku yg kene hantar kat surau... morih, tarawih... tarawih, morih... mmg dh cukup sinonim kalo bln2 posa kat sini, tempat lain aku x tau la ada ke tak morih ni, panggil morih jugak ker atau ada nama lain... hehe... apa nk buat yer dok berpikir2 dr mlm semalam, last2 cik abe request tuk buat cucur udang jer... heheh... Iyolah.!!.. dh lama jugak aku x pekena cucur udang ni... adoi laaaa... mau patah pinggang mokcik berdiri tepi dapor dok menggoreng cucur nih.. pehhhhhhh!!!!.. dugaannnn... cobaannnnnnn... yolah tu... layan je lah... :)


Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
250gm tepung gandum
150gm udang
1 sudu kecil yis kering
1 biji telur
1 biji bawang dihiris
taugeh secukupnya
daun kucai-potong2 secukupnya
air dan garam secukupnya
sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit (optional)
Minyak secukupnya

Bahan untuk sos:-
1 sudu besar cili boh
3-4 ulas bawang putih-cincang @ ditumbuk
50gm cili sos
20 gram tomato sos
2sudu besar rata gula
100ml air


Untuk cucur:-
1. Satukan tepung dengan yis. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, pak aji, pewarna kuning dan air. Bancuh hingga rata dan pekat. Saya rehatkan paling kurang 1/2 jam hingga 40 minit sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas, biar terendam senduk dan cucur akan tertanggal dari senduk. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
3. Pastikan minyak betul2 panas, kalau x cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..

Cara-cara Untuk sos:- satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.


Laki aku ni kan, x penahnya bg can aku amik gambo ngn aman, ada jer yg dia nk buat n kacau... huh!... :)

Saturday, August 14, 2010

Bronok @ Kuih Sagoo

Menu bole dikatakan pedas jer arini... x dak yg manis2 pon... last2 minit teringin sangat nk makan kuih sagoo ni, aku biasa panggil kuih sagu... kuih ni diantara kuih peberet tahap panatikkk... panatikkkkk!!!... sesangatttt!!!. Aku paling suka mkn kuih ni masa bln posa jer, hari2 ada pon x per... kuih lain x layan. Kali ni aku try wat cara Mama Kastam Tioman dr Myresipi itu. Selalu aku main masak jer atas api, kacau, masuk bekas, sejukkan, siap!!!... kali ni aku try cara mama kastam, kukus sekejap!!!.. Pehhhh... mmg best la!!!... jempol!!!... tip top!!!!... putih2 sagoo tidak kelihatan langsung, hanya jernih berkilauan jer... hahaha... sebutir2 jernih sagoo tu.... cantikkkkkkk!!!!... Aku suka n puas ati laaaa... Thanks Mama Kastam Tioman, share resipi... ;)

Sebelom Make-up ( baru intro jer ni )

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Selepas Make-up... hehe


Cara-caranya:-
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Thursday, August 12, 2010

Putu Mayam

Putu Mayam!!!... siyes cakap aku dah 23 tahun x makan putu mayam nih... huwaaaa!!!... sekali dapat makan... nikmatnya Ya Allahhhhh... dulu, masa kecik2 masa duk kat barek polis lg, aku ingat ada org jual putu mayam ni pagi2 naik moto... kemain xcited kalo dia datang... biasanya, makan pg ngn putu mayam ni, dgr je bunyik moto ngn hon dia, aku apalg ngn adik beradik aku cepat2 berlari turun ngn bawak pinggan nk beli putu mayam ni... hehehe... pakcik!!!.. gula lebeyyyy... kelapa lebeyyyyyy... hehe... bole dikatakan hari2 makan putu mayam ni...


Setelah 23 tahun, aku berjaya jumpa putu mayam yg dh sekian lama aku x jumpa... x bererti aku telah melupakanmu cik putu... hehehe... yessss!!!!... akhirnyaaaaaa... aku jumpa n dah tau nk beli kat mana... hahaha... la ni, 1 minggu mau 2-3 kali aku pekena putu mayam nih!!!... aku lg suka mkn ngn gula+ kelapa dr ngn kuah kari or dhal... Buat????... mmg aku teringin nk buat, bukan aku x tau bahan2 nya, tp, biasa la kan... malas kemain besau lam badan ni... dan juga setelah hampa ingatkan putu maker yg suh Ahkak Mimi belikan rupa2nya bukan acuannya.... hahahaha... paling senang beli jerk!!... heheh... Tp, satu jari nanti aku akan buat jugak... Insyaallah...



Mekasih kang wahid, belikan putu mayam ni... lebiu laling... ;)

Sunday, July 25, 2010

Kuih Lapis

Arini terajin nak melapis bagai... umah flat kalerpul... hehehe... menu tuk minom petang arini... cehhh!!!... kemain hepi aku arini berjaya melapisssss... setelah sekian lama x melapis, seram ai u tau x???.. sib baik menjadik!... Resipi dr Tulip MyResipi, thanks tulip... mmg mabeles resipi u ni... selai2 ai siat layer nya... hahaha... cam budak2 gamaknya masa makan nih... Ai mmg selalu follow resipi dia jer kalo ai nk buat kuih lapis nih... mmg best la... thanks again tulip...




Bahan2:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air


Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.

2. Panaskan air dalam kukusan.
3. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
5. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. 6. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
7. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.

8. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
9. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
10. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Monday, July 19, 2010

Bangkit!!... Bangkit!!..

Pas dah kekenyang makan tuk buka posa, mai kita cuci mulot ngn kuih bangkit nih... hohoho!!!... ahhh!!... belasah je la, kira pencuci mulot pasal ada lemak2 manis kuih ni... aku mkn kuih raya ni, pasal aku meraikan kemenangan aku berakhirnya ganti arini... kiranya hari raya bg aku la... hahahaha... sedap tol la kuih ni, masok mulot jer cairrrr!!!... nyamannnn... hahaha... sekut ni, bukan aku yg buat, org yg buat yg bagi mlm td, depa tau aku arini dh raya... jan harap aku nk wat sekut yg tol2 menguji kesabaran dan sekuat tenaga ni... hahaha... eh, x la... depa dtg jumpa laki aku, tah nyer apa projek pilih kaler cat rumah dia tu... rumah baru dia dh nk siap... thanks kak timah, mmg best kak kuih yg kak farid wat nih!!!... kalo jadik wahid cat umah akak nanti, upahnya salah satu ialah kuih ni ye tok saya raya nanti.. nk 2 telap... kehkehkeh!!!... sedappp!!!


Sunday, July 4, 2010

Kuih Kaswi II

Jom makan kuih kaswi jom3... aku panggil kuih kent*t... prooootttt.. ekekeke... hahaha... pasal ghau2 baunya... sedap weh kuih nih!!!... petang2 yg syahdu ditemani cuaca yg dr semalan baikkkk punyaaaaaaa... best tu... Da lama gile x pekena kuih kaswi ni... teringin nya dah berbulan2... baru ni berkesempatan buat... resipi cam biasa resipi Cik Mat Gebu dimana Cik Mat amik Kat umah Bro Rozzan... hehe... dan aku amik dia rumah Mat... tp aku ada adjust, aku buh kicap manis!!!... percaya tau jgn x percaya... lg best n lemak2 manis gitu... tujuannya nya dapatkan kaler gelap gitewwww... hiks... don wori bebeh... x kan apa2 pon kalo buh sket kicap tu, lg sedap ada la... x caya tanya saya.. ekekeke... dan kalo x percaya lg try buat... jom makan jom3... ;)



Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam



Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

** Pewarna coklat tu saya tukar ngan kicap pekat.. makcik bgtau.... lg lemak rasanya **

Sunday, October 25, 2009

Apam Gula Melaka III

Kuih apam ni kukus petang semalam tuk minum petang, aku mmg suka kuih apam ni, mmg x jemu2 aku wat, badan pon dah macam apam gak!!!.. wakakakakka... mmg wat lebih tuk bekpes pagi tadi sekali... Resipi Che'Iza... mmg aku guna resipi ni jer x resipi sesapa lg pasal resipi ni aku suka sebab manisnya yg sedang2 sajaaa... yg sedang2 sajaaaaaaaaa... kalo x bole pilih nk potong kaki paras mana yer... kehkehkeh... thank iza... sedap, lembut, gebu... aduyaiiiiii....




Bahan2nya
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam



Cara-cara
1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
6. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
7. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.