Sunday, July 25, 2010

Kuih Lapis

Arini terajin nak melapis bagai... umah flat kalerpul... hehehe... menu tuk minom petang arini... cehhh!!!... kemain hepi aku arini berjaya melapisssss... setelah sekian lama x melapis, seram ai u tau x???.. sib baik menjadik!... Resipi dr Tulip MyResipi, thanks tulip... mmg mabeles resipi u ni... selai2 ai siat layer nya... hahaha... cam budak2 gamaknya masa makan nih... Ai mmg selalu follow resipi dia jer kalo ai nk buat kuih lapis nih... mmg best la... thanks again tulip...




Bahan2:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air


Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.

2. Panaskan air dalam kukusan.
3. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
5. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. 6. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
7. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.

8. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
9. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
10. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

4 comments:

hana said...

lawo gler kuih lapih ko mek naaaa!! bak aku setengah loyang! nak sarap neh! aku nak bina badan sblm pose! muahahahahaha

Anawahid said...

ina, hahahha... aku dh bina badan dulu... wakakakaka... bina puas2 seblom posa... ekekeke

Ayu said...

salam ana,
uish lama tak singgah sini ler..cantikkkkkkkkkkkkkkkknya lapis ana tu..geramnya..rasa nak cekup aje 1 tu..semuga ana sihat and take care ya..

Jiya said...

santekkkk kak kuih lapis nko.. gigih melapis nighh!! hi5 dahi kak ana. jempolll!! akekekeke