Heheh... aku kat sini dok membebel pasai nk share sambal kicap ni, nama dia sambal kicp tahun, istimewa sambal kicap tahun ni pasai tahan berbulan2 ( pasai tu la nama nya tahun... ekekeke ) tanpa masok lam esbok, x mcm sambal kicap lain, kalo x masok esbok mesti dh rosak nyer... nk tau camne leh jadik camtu pasal.... bahan2 utama digoreng dahulu... hehehe... nk resipi... jom layannnn...
Bahan-bahan ( ikut suka )
15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
3-4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil gula merah
1 cawan kicap manis
minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
1. goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili.
2. selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
3. tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat.
3. setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
4. sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk
*sambal ini thn lama klu x masuk peti sejuk kerana bhn2nya digoreng terlebih dahulu nk masuk gak pun boleh...tu le nama dia sambal tahun harap maklum.*
Dilawankan pulak ngn sup suhun nih... perghhhhh!!!... best beb!... itu wahid yg cakap.... kahkahkah!!!... aku... biasa2 jer... hehe
No comments:
Post a Comment