
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
6-7 biji kembang semangkuk
1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
12-14 biji buah mata kucing ( kering )
7-8 ketul buah kabung
1 1/2 - 2 jag air
Cara-cara
1.rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang didalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air.
2.buang kulit kembang semangkuk serta urat-urat@akar nya
3.masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yg berisi air kembang semangkuk tadi
4.masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih
5.setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung dan kacau.
6.tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dgn air dan bolehlah padamkan api.
7.sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.
Friday, July 29, 2011
Air Kembang Semangkuk Ala Cikong
Wednesday, January 12, 2011
Telur Masak Taucu n Sirap Bandung Layer

Ingredients:-
3-5 biji telur
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1biji lada merah dibuang bijinya dihiris- ni sendiri tambah cam kak ayu, tp dgn bijik2 nya sekali :D
1 inci halia
1 sudu besar taucu
sedikit asam jawa
1 sudu kecil gula
minyak untuk menumis
garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin

Method:-
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit. Masukan air asam jawa n sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.
Nak resipi bole geladah balik resipi aku kat gobok minoman yer... hehehe... sama cam sirap bandung soda yg aku wat cuma skip jek eskim soda tu jekkkk... susu cair n gula skip gak, gantikan ngn susu pekat, buat cam susu ais cam biasa, biar manis sket, kalo dh + air batu nanti sedang elok la airnya tu... hehehe... pastu titik2kan sirap ros lam 3-4 titik... kacau arah pusingan jam perlahan2 3-4 kali jekkkk... jadik la sirap bandung layer cam aku nyer ni.... hahahaha
Thursday, November 11, 2010
3 Layers Tea Ice

Bahan2nya:-
Untuk 1 gelas yg kat warung2 tu... hehe
Layer pertama ( paling bawah )
1/2 gula melaka/nipah/nisan - dihancurkan kecil2
1/2 cawan air
* masak kesemua diatas hingga sederhana pekat, tapis dan sejukkan *
Layer kedua ( tengah2 )
80ml - 100 ml susu cair
Layer ketiga ( atas )
2 uncang teh
1 cawan air
* dimasak hingga betol pekat dn sehingga jadi 1/2 cawan *
Air batu secukupnya
Cara2nya:-
1. Masukkan 3-4 sudu besar air gula yg telah sejuk kedalam gelas ( bergantung kpd manis yg dikehendaki ye... dan bergantung kepada gelas juga ye, gelas besar lebihkan lah gula... ), setelah itu tuangkan susu cair secukupnya perlahan-lahan dan anda akan nampak susu cair itu akan timbul di lapisan kedua.
2. Kemudian, masukkan air batu secukupnya dan akhir sekali masukkan teh kedalam gelas sehingga menutupi ais. Dan anda akan dapat 3 lapisan seperti didalam gambar... Siap!...Kacau sebelom minom...
Thursday, October 14, 2010
Milo Ais Tabur

Bahan2nya :-
Milo - secukupnya
Susu pekat - secukup rasa
Air
Ketulan ais
Ekstra milo ( utk hiasan )
Cara2nya:-
1. Buat air milo seperti bhn2 diatas seperti biasa didlm gelas, lg bnyk milo lg kaw, bergantung pd masing2.
2. Campurkan ais, kacau dan akhir sekali didalam gelas air milo, masukkan @ taburkan ekstra 1 1/2 sudu besar atau 2 sudu besar milo ke atas milo yg telah siap. Kacau dan sedia diminom.
Pastukannnn... bukan takat itu ajer, sambil minom, sambilskodeng2 blog lah... fb lah... aku sempat lg berBUENO... hehehe... jom berBUENO!!!... sedap wehhhhh.... ekekekekke... :P
Sunday, July 4, 2010
Teh Tarik

BAHAN2NYA:-
2 UNCANG TEH
3 SB SUSU PEKAT
2 SB SUSU CAIR (option)
CARA2NYA:-
-REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
-1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
-LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
-AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
Sunday, May 23, 2010
Jus Rosalle

Saturday, February 27, 2010
Iced Blended White Coffee
Bahan-bahan ( 2 orang minum )
1 paket 3in1 oldtown white cofee/jenama lain
12 ketul ais
1 sudu/b susu cair
Air secukupnya
Whipped cream&coklat rice
Cara-cara
1. Bancuh coffee 3in1 dgn sedikit air,masukkan juga susu cair.Kacau sebati.
2. Masukkan kesemua ais kedalam blender..tuang kan bancuhan coffea tadi.Blend sehingga hancur.
3. Bolehlah di tuang didalam gelas dan hiaskan dgn whipped cream & coklat rice kalau suka.
4. Sedia utk dinikmati.
Sunday, September 6, 2009
Sirap Bandung Cincau
Tuesday, July 14, 2009
Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi
Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi
Cara-cara
1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
2. Blend bersama air dan gula
3. Kemudian masukkan kedalam jug.
4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.
Tuesday, June 23, 2009
Sirap Bandung Soda
Bahan2nya
600ml air
½ tin susu cair
1 tin Aiskkrim Soda F&N
6 sudu gula
Sedikit garam
Sirap Ros secukupnya
Air Batu secukupnya
Cara2nya:-
1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali Aiskrim Soda dan air batu, kacau sehingga larut. Adjust rasa manis, kaler merah, lemak dan susu cair sendiri yer bergantung tekak masing2 dan seperti yg dikehendaki.
2. Akhir sekali masukkan aiskrim soda, kacau sebati dan tarik dahulu air ini sebelum diminum bersama air batu secukupnya.Nyamannnn!!!!
TIPS: ** Jangan masukkan airkrim soda dahulu jikalau mahu dapatkan air yg sempurna, kalo DERHAKA akan jadilah air sirap bandung seperti air susu basi kerana susunya timbul n terapung**
Monday, June 1, 2009
Manggo Ole Juice
Bahan-bahan ( untuk 2 gelas jus )
200 ml jus mangga - saya guna 1/2 biji mangga + sedikit air dan blend
200 ml susu segar atau susu kacang soya
1/2 sudu gula pasir - ni sendiri tambah
Beberapa ketul air batu
Cara-cara
1. sediakan dua gelas kosong, mula-mula curah jus mangga setengah gelas bagi setiap gelas dan akhir sekali curah pula susu segar, kira-kira 3/4 gelas lah isipadu nye tu.
2. akhir sekali masukkan air batu dan sedia untuk diminum, kalau takde jus mangga kotak tu, boleh juga menggunakan mangga yang diblender. Nak minum tu kacau sebati jus tadi dan nikmatilah akan kesegaran Jus ini. Selamat Mencuba.
Sunday, May 31, 2009
Sweet Sour Guava Juice
Bahan2nya:- ( 1 jug plastik besar )
2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
2 liter air
1 1/2 - 2 senduk gula pasir
sedikit pewarna hijau
Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
Air batu secukupnya
Cara2nya-
1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air,gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
2. Ulang 1 sehingga habis.Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam n manis jus ini bergantung pada kehendak masing2. Tambahkan air batu siap untuk diminum. Sedapppppp
Air Barli
Bahan2nya:-
1 cawan beras barli - dicuci bersih
400gram gula batu - manis bergantung pd masing2
2 1.5 liter air
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - disimpul
Cara2nya:-
1.Masukkan kesemua bahan2 ke dalam periuk kecuali gula batu, masak dgn api sederhana sehinggan mendidih n beras barli kembang.
2. Setelah mendidih n kembang, masukkan gula batu dan dimasak sehinggan gula larut. Siap. Sedap di minum suam dan sejuk.
Monday, February 9, 2009
Bubur Pulut Hitam
Wednesday, January 14, 2009
Jus Rosalle
Bahan-nya:-
Beberapa kuntum buah rozel- saya guna 400gram kelopak
Gula (ikut citarasa) - saya guna 1 kg gula
Air secukupnya - saya guna 1 jug air
Cara-cara:-
Buah rozel dibuang biji (tengah), ambik kelopaknya sahaja.
Rebus rozel, air dan gula sehingga air bertukar warna (merah gelap).
Boleh diminum ketika panas atau sejuk.
*Mengandungi Vitamin C, Vitamin B1, B2, Niacin dan Vitamin D. Antara khasiatnya : mengurangkan tekanan darah tinggi, merendahkan suhu badan, membersihkan darah, memperlancar buang air , stress atau Sukar tidur (Insomnia), demam panas/selesema dan memulihkan tenaga.
Tuesday, December 2, 2008
Teh Tarik
2 UNCANG TEH
3 SB SUSU PEKAT
2 SB SUSU CAIR (option)
-REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
-1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
-LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
-AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...


