Sunday, May 29, 2011

Puteri Dua Sebilik @ Tepung Bungkus

Selamat pagi pada semua rakan2 blogger... selamat berhujung minggu... coti skool dh mula, jenjln mana ye agak2nya... saya jan ditnya... duk rumah jek dn start packing memakcing apa2 yg patot, almaklomlah x lama lg nk pindah... huwaaaaaaa... heeee... mcm la nk pindah obersi... haha... padahal dr rumah sekarang ke rumah baru x la jauh sangat dlm 10-15 minit jek... heheh... oklah... Tepung bungkus ni wat tok minom ptg semlm... dh penah dgr nama kuih ni 2-3thn yg lepas!... sian kan aku nih... heeee... biras aku rajin ckp kuih ni best!... adik wahid pon suka mkn... aku dgr of coz la teruja... hahaha... tp serunya nk buat tu tgk la, mkn tahun... hahaha... nyesal!!!... nyesalll!!!... x try 2-3thn yg lepas... huhu... mmg best!... Resipi dr Noosha... mmg sedapppp... simple n senang!... tp den derhaka sket dik non, tang 2 org puteri itew... ai skip jek, pasal tuan putera kat sini x mkn pulut... yg lain semua ada... heeee... tu yang nampak 2 org puteri tu seksi sket jek!... ahaks!!!... haha... tapi nor, memandangkan 2 org puteri itu dh dibuatkan bilik, kalis bunyik lg x la kisah sangat... haha... :P... tengs dik non... mmg best dik non... ai lebiu... ;)


Bahan-bahan ( Untuk Inti Kelapa )
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan-Bahan B (Untuk "2 Orang Puteri")
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran (saye pakai pink & hijau)

Bahan-Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.



Cara-cara:

Untuk Inti Kelapa
1. dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
2. bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
3. bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

untuk Bahan-Bahan B @ '2 Orang Puteri'
1. campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.
2. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
3. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
4. ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Untuk Bahan-Bahan C @ 'Bilik Puteri'
1. masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.
2. ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
3. lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
4. ulangi proses 14 & 15 hingga selesai kesemuanya.
5. kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~ q;-)


7 comments:

ibh_sue said...

Pagi Kak Ana..Selamat berkemas la ya..Ekekekkeee..Pack..jgn tak pack la ya..Sue mintak sebungkus dua tau..mintak awal2..nanti lambat kak ana habiskan..ngeeeee....(^o^)..muuuahhhhhh!!!!!...

Unknown said...

sedapnye..nak sket....

Anonymous said...

hmmm...teruja nengok puteri tu...yummy2x

Cendana Kasih said...

alahai...bestnyer kuih ni..mana aku nk cari daun pisang ni.. kalo adapun, hanya cantik diluar, buruk di dalam..aku bungkus ngan plastik leh tak?? hehehe ...

Anawahid said...

sue-> mai la tlg su, bkn tlg tgk ya... hehe

liza-> nk brapa 2,3,4.. hehehe... mmg sdap dear... ;)

leen-> pestaim wat leen... mmg yummy... teramattt... hehe

noorma... hhaha.. pastu tuka nama tpung bungkus plastik...wakakaka

Nazrah said...

ada daun pisang dan inti lagi baki wat koci labu..nanti kita nak wat yg ni plak

ijayuji said...

sejak2 ni miang kemain lagi! wakakaka...kuih pun nak maing2 jugak ahahaha..