Sunday, May 29, 2011

Nasi Ketumbar vs Rendang Ayam Bandar

Assalam, n slamat ptg, sihat x???... dh mamam... haha... ok la x nk membebel panjang ni menu tok tgh hari ini, Nasi Ketumbar... meleleh air liur masa skodeng rumah Madu saya gak sapa lg kalo bkn Kak Ayu S'pore... * sambil jeling2 kak ayu... bluerrrkkkk... :p * haha... resipi asal dr Q'ein Myr... x penah try, so try la nk tau gak apa rasanya nasik neh!... mmg sedap... x caya tnya madu... hahaha... tengs ya pd 2-2 org ini... ;)


Bahan-bahan ( 7 orang )
500g beras
3 s/b mentega
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
basuh beras dan toskan
cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.



Pastu digandingkan ngn rendang ayam bandar... hahaha... apsal rendang ayam bandar, pasal ayam kg takdak... heeee.. pasal tu lah kak ayu bg nama rendang ayam bandar kot.... hikhikhik!... Resipi CMG, amik kat Myr... tengs Mat.... terbaek mattt... ok semua, selamat menjamu mata dan selera... hehe...



Bahan2nya:-
1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis

BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras

Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

11 comments:

Chik Mimi said...

Anaaaa wah menarik tertarik memang debommm

CT Delima said...

As'salam ana

ni yang macam nak masak jer jap lagi. tapi daun ketumbar tak ada, ganti daun kunyit ker daun sup boleh tak.. hahahaha

Ayu said...

wakakakak...madu2 pun sudi cuba ya ana..hahaha..tak apalah sebab madu ni baik hati..akak kasi 1 hari extra to u..so instead 11/2 hari sekarang u have 21/2 hari..akak tinggal 3 hari dan ika tetap 11/2 hari..hahah..
itu dia mesti pandai ambik hati madu tua..hahaha..

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum...mana tuan umah ni..kiter singgah nak songlap nasi ketumbar ngn rendang ayam..menggodesss kalbu betuiii!

Mehjabeen Arif said...

This looks wonderful.. Love it

New to ur space and so Happy to follow u :)

Do visit me as time permits
http://comeletseat.blogspot.com

bobhandburry said...

Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
;)

http://www.zuwairiaiman.com

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya :)

http://www.zuwairiaiman.com

bobhandburry said...

Sedapnye thnks bekongsi

http://www.zuwairiaiman.com

Gee® said...

pin pin.. akak datang nk tumpang makan ayam bandar ni bleh ke...

petersam said...

Phentermine.....

A nice post thanks for sharing.....

http://www.PhentermineHome.com/

kak ina kl said...

dah cuba dah nasi ni..sedap kan

cerita city hunter dah mula..pelakun kesayangan kamu jadi pelakun aksi pulak kali ni