
Bahan2nya:
· 1 kilo sotong - dibersihkan dan buang dakwat hitam
· 10 tangkai cili kering*
· 1 biji bawang besar*
· 4 ulas bawang putih*
· 1 hiris halia*, 1/2 ibu jari kunyit hidup*
· 2 batang serai*,1 hiris lengkuas*
· 2 sb rempah kari daging
· 1 sb rempah kari ikan
· 2 helai daun limau purut,1 keping asam gelugur yang kecil
· 1/2 cawan santan pekat (lebihkan jika suka lebih berlemak)
· 2-3 sb kerisik
· garam dan gula secukup rasa
BAHAN2 TUMIS :-
2 batang serai dititi1k
biji bawang besar dihiris bulat
1 jari kayu manis
cengkih, pelaga dan bunga lawang
secukup minyak masak - untuk menumis
Cara2nya:
1. Kisar bahan2 bertanda* dengan sedikit air hingga halus.Campurkan bahan kisar dgn rempah kari daging dan ikan.Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan secukup minyak masak di dalam periuk dan tumis BAHAN2 TUMIS hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.Masukkan santan,kerisik,daun limau,asam gelugur,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga terbit minyak dan pekat.
3. Masukkan sotong dan gaul sebati,tutup periuk dan kecilkan api dan masak sebentar hingga kelihatan sotong dah mengeliat :) dan matikan api.
4. Opor sotong sedap dimasak pekat...sekiranya sotong dh masak tapi kuah terlalu cair(kerana sotong mengeluarkan air yg banyak bila dimasak),keluarkan sotong dan masak kuah hingga pekat kemudian siram ke atas sotong dan sajikan.
2 comments:
Assalamualaikum Ana!!!
waaa.. tu dia..sekali keluar, superp pnyer respi... aduh..lapar ler.. tadi tengok sotong masak kicap kat rumah kak Ummi, ni opor sotong plak.... makan ngan ketupat sedap ni kan...
cam ganazzz jerk ni.. tiba2 dah bderet menu.. akk masih bermenu warong lagi.. tqvm atas ucapan..
Post a Comment