Sunday, October 25, 2009

Apam Gula Melaka III

Kuih apam ni kukus petang semalam tuk minum petang, aku mmg suka kuih apam ni, mmg x jemu2 aku wat, badan pon dah macam apam gak!!!.. wakakakakka... mmg wat lebih tuk bekpes pagi tadi sekali... Resipi Che'Iza... mmg aku guna resipi ni jer x resipi sesapa lg pasal resipi ni aku suka sebab manisnya yg sedang2 sajaaa... yg sedang2 sajaaaaaaaaa... kalo x bole pilih nk potong kaki paras mana yer... kehkehkeh... thank iza... sedap, lembut, gebu... aduyaiiiiii....




Bahan2nya
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam



Cara-cara
1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
6. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
7. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.