Monday, November 24, 2008

Udang Supreme



Menu semalam, tuan tanah nk pi krusus masak lebih kurang jer... pasal mkn cuma tgh hari jer.... dh lama x masak udang ni... apalagi buat jer laa... tuan tanah x leh makan udang, jd isteri dia masak untuk diri sendiri jer....tp dh namanya asal pemakan udang bedal aje... buat ubat orang kata. Kalo sesapa ada perasan resipi ni saya penah letak kat MyResipi.... so... paham2 ajer la yer kopipes jer la.... ekekeke.
Bahan2nya:-
1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
3 batang lada merah - di cincang
3 batang lada hijau - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 inci halia - di cincang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan
2. Tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang

No comments: