Tuesday, December 7, 2010

Sambal Sotong Berkuah Kacang

As Salam... dikesempatan pd hari ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah utk rakan2 blogger... dengan bermulanya tahun baru bg tahun 1432 hijrah... diharap kita semua beroleh kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat... Ok lah, menu untuk hari ini ialah Sambal Sotong Berkuah Kacang... menu sekali arung terus brunch+dinner... ngeeeeeeeee... nasik lemak jek!... heheh Pada sesiapa yg berposa pd hari ini selamat berpuasa... yg x dpt berposa cam aku duk diam2 jekkk... bole mkn, mkn je la... ngeh3... resipi dr gobok lg satu kat myResipi, aku kopipes jek dr sana pasal malas nk menaip... heheh.... akhirkata, salam maal hijrah...



Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
**Bahan Kisar**
* 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 2 inci halia
1 batang serai - diketuk
3-4 sudu kacang tumbuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil gula merah
air asam jawa- jus
garam - secukup rasa
minyak untuk menumis



Cara-cara
1. panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
2. masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
3. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
4. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

5 comments:

Ayu said...

salam maal hijrah buat ana & family.
semuga tahun baru akan membawa 'rezeki' buat ana & hubby ya..

hana said...

makcikkkkkkkk..vungkus satukkkk! kekekee... salam maal hijrah mek.. ko nak hijrah g mana tuh? sungai lembing ker? kekeke

Anawahid said...

kak ayu-> thanks kak, aminnnnnn... semoga akak n family dikurniakan limpahan kurniaan jugak... aminnnn...

hana-> uikkkk... jauh naw sg lembing mek... nang pt jek lom abis redah... muhahaha

Ayu said...

salam ana,
my email, curlybaby69@hotmail.com

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhhhh terliur je tengok sambal ni kak!!! Mesti dah licin kan? hahahah :D