BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. 2.Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata.
3.Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).
UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...
9 comments:
lawooooo sehhh kuih ko! nak makan! tp malas nk buat! buatkannnnnnnnn!!!
Memang mengancam la ana. Karang tunggu kat simpang empat depan rumah tu ya. Akak datang amik. Sebelum maghrib.
enggak pernah buat ini kuehhh...suka makan tapi tak suka buat..posla sini!!
Ana ade lagi tak kuih tu nak sikit,akak ni asyik duk niat je tapi tak gerak2 jugak camne tu?nampaknya kena makan kat umah ana lah ye
hahaha bab nak masak pulut tuh yang malas..sedap tuh..boleh kita berjiran tak hehehe...
dijamin sirim kompem sedappp!! siap puji ni. x dpt papa ker kak? akekeke
Waaa..best la blog u ni..terpegun saya!
Nak la share resipi2 ni..byk yg boleh saya belajar dari u nih..sudi ajar tak?
salam kenal.
cool!i love it!情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,做愛
Post a Comment