Saturday, March 7, 2009

Cinnamon Roll

Dah lama x menguli... hehe terasa nk menguli lak roti tuk bekpes sok... dok tertanya-tanya nape la Kak Zana x jemu2 wat roti nih.... dan ramai jugak yg dh test.... ermmm patut laaaaaaaa.... sedap ghupanyaaaaa... buat dpt 12 ketul, mlm jer mkn dh 6 ketul... cukup la baki lg 6 tuk bekpes sokkkk....mmg lembut, selembut - lembutnya... kene dgn ank tekak nih... patut la Kak Zana rajin buat dan buat dan buattttt... thanks Yani... sedap bangettttt.... x letak icing pon dah sedapppppp dpt bayangkan kalo ader icingggg... arrgghhhhhhh... compom.... menjilat jari...



Bahan-bahan ( 10 biji )

= Bahan utk Roti =
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

= Filling =
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik

= Icing =
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara:-
Cara buat roti:
- Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
- Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
- Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
- Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
-Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
- Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
- Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
- Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
- Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

2 comments:

Jiya said...

nakk nakkk!! seketollll!! lapar nigghhh!!

hana said...

uiikkk! btol ko sodap?! mmg ramai nengok wat roti nih! k.zana tuh dh bleh jd tokey cinnamon roll kot! ekekekeke... ngapuro kang na! heeeeeeeeeee...