Saturday, March 21, 2009

Kuah Kacang Ayam

Menu lunch nih request dari En Hb, sibuk dia nk makan ketupat dgn kuah kacang… wahhh sedap gak sesekali layan ketupat ngan kuah kacang nih… alahhhhh… terasa aroma kuah kacang nih masa masak cam dah dekat raya jerkkk…. ekekeke, sib baik x bukak lagu raya masa masak kuah kacang nih ngan ketupat… hehehe. Kuah kacang peberet dia nih nk kene letak isi ayam cincang, pehtu lemak2 ayam sket, kalo letak daging cincang dh selalu nawww… perghhh… lazatnyerrrrrr…. Weiii x berenti mkn nih…. Layannnn…




Bahan2nya:-
250gram kacang tanah – digoreng n dikisar halus
2 keping dada ayam dicincang halus n lemak ayam ( kuantiti ikut suka )
10 tangkai lada kering – dikisar * nk guna serbuk cili pon bole*
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inci lengkuas – dikisar
1 batang serai – dikisar dan ditapis ambil airnya
1 sudu besar ketumbar – dikisar
½ sudu besar jintan manis - dikisar
½ sudu besar jintan putih - dikisar
1 senduk gula – kurang manis jikalau x suka manis
20gram gula melaka – dicincang
½ cawan jus asam jawa – masam agak2 yer
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis





Cara2nya:-
1.Panaskan kuali, tumis bahan2 kisar kecuali kacang tanah, tumis sehingga garing dan masukkan isi dan lemak ayam tumis sebentar.
2.Masukkan air serai, kacau, biarkan sebentar n masukkan kacang tanah , gula n gula melaka kacau rata.
3.Masukkan jus asam jawa dan air secukupnya kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih.
4.Akhir sekali perasakan dgn garam dan masak sehingga anggaran kepekatan kuah yg dikehendaki.

* Saya tambahkan serat serai yg telah dikisar td dlm 1 sudu besar x nk letak pon ok *

2 comments:

Datin El said...

salam ana..sambal kacang ana ni klu mkn ngan sate ok gaks ek..

anawahid said...

datin el > bole datin sama jer ngan kuah kacang biasa, tp lg sedap lerrrr...