Thursday, March 26, 2009

Lemak Udang Labu

Menu dinner… pon dah lama terhengen masak lauk nih… tp asyik KIV jer… arini dh x bole tahannn… lain org … lain versi lemak udang nih… tp versi haku nih versi malas nk masak sayur… huahuahua… campak semua sayur dlm periuk… labu semalam pon ader balance… Alhamdulillah… kenyanggggg…



Bahan2nya:-
10 ekor udang
1 biji bawang besar- dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
200gram labu – didadu
4 batang kacang panjang – dipotong 3 inci
1 helai daun kunyit – disimpul
100ml santan
200ml air
1 sudu besar ( rata ) lada hitam – ditumbuk sederhana kasar
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam n gula secukup rasa

Cara2nya:-
- Masukkan bawang besar, bawang putih, air masak sehingga mendidih
- Masukkan santan, lada hitam, udang, kacang panjang, labu dan daun kunyit kacau rata dan hendaklah sentiasa kacau agar tidak pecah minyak santan tu.
- Akhir sekali perasakan dgn garam n gula secukup rasa.