Monday, December 15, 2008

Blueberi Muffin

Jeles nyer pasal tgk Hana n Kak Zana nyer muffin, terus nk wat lg... pasal muffin semalam dh jd baja katakan. Sonang kojo den blk keje x yah masak... hb kene blk mlm... so, mlm ni den rileks. Apa nk wat memlm ni ek kunon nk wat suprise ler tuk hb kalo dia blk nanti merangkum bekpes esok ler... hehehe ni la projek nyer, resipi hasil skodeng kat umah Kak Ummi... mmg besttt wooooooo.... thanks Kak Ummi, tp percubaan pertama ni wat 1/2 adunan jer dulu, blk jer Eh Hb dia test... dia bilang sodap...ekekeke kembang den, esok nk bekal bwk g opis... kwang3x... wat malu jer. Nk bg grade la kat Kak Ummi... tq for the yummy muffin...

Bahan:-
125 gm butter
150 gm gula kastor
2 biji telor
250 gm tepung kek/tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila



Cara Membuat:-
1. Preheat oven pada suhu 180C. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
3. Masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
4. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi berselang seli dengan susu sambil digaul rata.
5. Sudukan ke dalam acuan kertas separuh cawan kertas dan letak filling. Kemudian letak sedikit adunan lagi di atas cawan kertas. Bakar pada suhu 180C selam 20-25 minit.

No comments: