Sambal tuk lawan makan ngan bubur nasi mlm tadi.... pedasssssss.... tgh sejuk mlm tadi.... makan ni panasssssss.... saja nk test market makan pulak ngan sambal ni kalo selalu layan ngan sambal tumbuk jer. Boleh meletup dibuatnya, makan sambal ni, mana x nyer cili padi lebihhhh... Resipi dari Cik Mat yg maintain gebu dan dia pi skodeng dirumah tuan asal nyer resipi bu Retno, tp mmg best ar sambal ni bak kata yg empunya badan kalo disimpan dlm esbok, nk wat tuk goreng nasi pon bole. Ampon Chef Divo mat, den kopipes jo ekau punyo resipi...ahakss
Bahan-Bahannya:-
10 tangkai cili hijau
10 - 15 biji cili padi hijau - saya letak 20biji
2 biji tomato hijau (tomato muda)
150 g bawang merah kecil
2 camca besar jus lemon/lime/limau kasturi - saya letak jus asam jawa, orait gakk.
2 camca besar ikan bilis, digoreng garing - yg lebih... lbh kurang segenggam
100 ml air
Garam dan gula secukup rasa
4 camca besar minyak masak
Cara membuatnya:-
1. Rebus tomato, cili hijau dan cili padi hingga air susut. Angkat dari dapur dan biar suam, kisar bahan2 tadi hingga lumat. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi hingga terbit minyak. 3.Masukkan garam, gula dan jus lemon/lime/limau kasturi, kacau rata.
4. Masukkan ikan bilis goreng tadi gaul sebati. Masak hingga sedikit kering dan rasa, jika ok boleh angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam botol bersih dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment