BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
5 comments:
sedap nampak nih...cam dah tergoda...tp batuk lagi nih tak leh nak mkn kcg lagi...
Ana, kawan akak org Johor dia panggil rojak tauhu. Pernah makan and really delicious.
penah makan kat singapore... tapi beso la. tak makan banyak sbb tak minat tauhu.. kikikiki
Aishah-> apa lg ecah, kalo tergoda meh buat pulakkkkk...
Hazila-> betul kak!!!... kat johor nih majoriti warung mesti ader tauhu nih... heheh
jiya-> kalo bnyk mkn satu kongsi ngan hb ngko ler... hehehe
haloo
salam perkenalan :)
saya nak coba tahu ini, boleh, kan?
Post a Comment