BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
4 comments:
Na, suka benor awak buat roti rambut reshmonu ni ek.
Tak pakai BM pon kemain cantek... kalo pakai BM tk tau ler tuh... terus lepas bakar blhe bukak kedai jual... huhu
haaaaaaaa yg nih aku tk sabo nk rasmikan BM aku nih! muahahahaaa.. jgn mara naaa!! wahid sayang ko tuh! sbb tuh dier lambat2 blikan! nk bli yg 10liter punyer! kehkehkehkeh
geraugebang-> hehehehe... kak gerau tunggu kemunculan roti pesen rambut Bob Marley yer pasnih!!!..
blogresipi-> iajn kalo pakai BM dh ada yang nk jadi tokey kedai roti pas balik malaysian pasnih x lain x bukan mekyung hana..wakakakakka..
hana-> 10liter heh... huhuhuhuhu.. tunggu dn lihat.. hampeh!!!..
Post a Comment