Monday, August 31, 2009

Ikan Keli Berlado

Menu 8 Ramadhan... adehhhh.. seksa weiiii dh pukul 5 ptg air paip x kuar2 lg... hampeh!!!... sib baik ada abang badang kat umah nih tolong bwk turun air dr atas ke bawah, kalo x???... tapau luar je la bang!!!... kihkihkih... lam x selesa air x dak nk masak punya lah payah, angin satu badan pon ada... lam nk dekat kul 6pm baru muncul tp kecit jer huhuhu... oke la ikan keli lg nk abiskan baki 6 ekor semlm masak berlado pulak!!!.. ternampak kat umah Kak Ina KL terus amik!!!... sedap kak!!!... sebijik cam mkn kat kedai nasik padang kat Kluang!!!.. 10Q kak!!!... resipi c&p jer yer...



Bahan-bahan

1 kilo ikan keli-dalam 6 ekor
10 -15 biji cili merah/hidup
6biji bawang kecil
5 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 biji limau kasturi - ambil jus
garam secukupnya*
1 batang serai * )
1 inci halia * )
2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
kunyit hidup secukupnya*)
garam*)


Cara-caranya

1. Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
2. Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
Biarkan selama 10-20 minit.
Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.Toskan.
Kemudian goreng cili hidup dan toskan.
3. Tumbuk kasar kesemua bahan yang di goreng bersama sedikit garam..kalau nak blender pun boleh- akak blender kasar cili hidup bersama sedikit air...tapi bawang akak tumbuk tak lumat. (kalau nak diikutkan dah bolehlah di letak atas ikan...tapi takut hb akak sakit perut...perut dah tualah katakan)
4. Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan. Jika takut meletup masukkan 3-4 keping asam keping.
5. Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili merah dengan api perlahan sehingga naik minyak barulah dimasukkan bawang dan garam.
6. Biarkan cili masak sehingga agak kering.

2 comments:

hana said...

patut la aku mintak belen yg 6 ekor tk nmpk2 lobang idong ikan tuh kat umh aku! ghupernyer ko dh masak berlado la pulakkkk!! huhhh!!!

Anawahid said...

hana-> sabo... sabo... kahkahkah