Bahan-Bahan
1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit di siat siat
Cara Cara
1. Semua bahan dikisar halus.
2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.
6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.
6 comments:
Kembung seminggu dok mkn bubur candil, dpt gak mkn ayam padang hari neh... nak makan pun was2 neh.. tuan rumah ajak jamu mate jer.. cemano??? erk... nasi dah siap buh dlm pinggan neh.. nak cedok ke taknak... :D
arep mangannnnnnnnn!! endangg!! kesel awak er mblayu rono rene! hehehe
wah..tgk ayam ko ni kan ana...teringat lak masa makan kt restoran padang di indon nun ha...
ye la kan cik blog kan. Kak gerau pun tak larat hari-hari nak makan bubur candil tu kat umah tuan rumah ni.Walaupun sedap. Eh, tapi dia ajak ke? Hari ni, dapat makan lain sikit. Sedap namppaknya Ayam tu. Nanti nak buat untuk bulan puasa. special sikit.
ala jauhnya ayam tu terbang sampai ke padang
aym pdg sodap nya...bawak le herbang ke mari ...
Post a Comment