Bahan2 yang diperlukan :-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
----------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
Cara2 memasaknye :-
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak.
2. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
4. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!
No comments:
Post a Comment