Bahan2nya:-
1 1/4 cawan macaroni - direbus hingga lembut dn toskan
(A)
*1 biji bawang besar
*1 biji capsicum - apa2 kaler pon oke
*1 batang lobak merah
*1 biji tomato
*1 cawan cendawan butang
-- (*) di dadu --
8-10 ekor udang - dibuang kulit
2 batang sosej - dihiris - optional
6 biji telur -dipukul sedikit
1 sudu kecil lada sulah
1 ketul kiub ayam- dihancurkan
garam secukup rasa
(B)
mozarella cheese/ceddar
cili sos
mayonis
** Olive Oil/butter/minyak utk disapu pd loyang pembakar **
Cara:-
1.Pukul telur sedikit anggar kesemua telur sebati bersama garam, kiub ayam dan lada sulah, masukkan bahan B dan gaul sebati. Selepas itu masukkan macaroni, udang dan sosej.
2. Sementara itu panaskan oven kepada 180C. Sapukan loyang @ tin pembakar dgn olive oil/butter/minyak, tuangkan kesemua bahan2 yg telah dicampurkan td kedalam loyang dan retakan kesemuanya, semasa masukkan kesemua bahan2 pastikan telur td berada bersama-sama paras permukaan paling atas macaroni, jgn telur melebihi paras macaroni.
Sebelum kebakaran pertama
3. Bakar macaroni selama 15 minit dan keluarkan.
4. Sapukan mayonis dan cili sos di atas permukaan macaroni dan taburkan cheese secukupnya.
Sebelum kebakaran kedua
5. Sambung bakar selama 15-20 minit dan sehingga masak bergantung pd oven masing2. Cucukkan garfu/lidi bersih kedalam macaroni jikalau ingin tahu sama ada macaroni itu telah masak ataupon tidak, jika masih basah sambung bakar sehingga masak. Siap!
** Pada sesiapa hantu cheese, bole buat layer dan ulang langkah 4 dan 5 sehingga siap **
4 comments:
Sedap tu. Kesukaan kak gerau. Semalam pun ada buat tapi makaroni goreng je. Tak le yang grand macam ana buat. Gambar makaroni belum bakar tu cantik sangat. Nanti kita cuba.
Makaroni bakar.. sedapnye.lama betol tak makan.pernah buat sekali kuar2 oven jadik cam serabai pulak.hehehhe... last2 masuk tong sampah.
huh...makaroni bakar...sodap!!!...nak minta mesti dah xde kan...baik xyah minta...huhuhu...
geraugebang -> kak gerau!!! hantu macaroni yer.. hehehe... sedap kak.. try jgn x try
blogresipi -> ijan!!! tu namanya rezeki cik tong... muhahahahha.. usaha tangga kejayaan!!
cikmin -> hahahha... dh tau lagi tnya, pastu pandai lak jwb sendirik!!>. bgus2.. muhahaha
Post a Comment