Sunday, February 22, 2009

Kurma Daging

Menu lunch arini ader balance daging semalam masak nih jer la... penat weyyy hari2 pikir nk masak apa... haaa masak nih jer la layan ngan keropok papadam... sedapppp... lama dh x pekena kurma nih... bertambah-tambah makan... yg nih masak kurma sihat yer x buh santan... hehehe...


Bahan2nya:
1 kg daging- dipotong kecil dan dibersihkan
rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
' * ' bahan yg di kisar
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2 inci halia
5 sudu besar rempah kurma
2 biji kentang di belah 2-4
air secukupnya
minyak sapi/minyak masak
garam
gula

Cara-cara
1. panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
2. selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit
3. masukkan dading dan ubi kentang kacau sebentar selama 5 minit
4. tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga daging dan ubi kentang hingga empuk
5. masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.
6. tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan

4 comments:

Diarihatiku1976 said...

wah sedapnya tgk kurma tu... ni yg meleh air liur ni.. esok nak masak kurma gak ler.. hihihi

hana said...

haah aku pon dah lama tak masak kurma! sesekali makan mesti syok kan kan kan! bak semangkuk! muahahahaha

Cendana Kasih said...

Kurma dh siap, mana nasi minyak dan acar nyer?? lapo ni...

adad said...

kelinnnnnnnnnnnnnn!! kelin suka makan papadam dengan pemadam kan kan kan?? akekekekek!