1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)- saya guna 7 keping ayam
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit disimpul ( optional ) - yg ni tambah sendiri
2-3 biji kentang ( optional) - di hiris 4 n digoreng dahulu - ni pon tmbh sendiri... lg sedap
3 sudu makan gula- saya guna 1 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1.Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
2.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih serai dan daun kunyit.
3.Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
4.Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
5.Masukkan air. Gaul lagi.
6.Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
7. AKhir sekali masukkan kentang yg telah siap digoreng. Siap
3 comments:
nak ayammmmm!! hehehe..
jiya.... dh selamat berlepas ke indah water. sanaaaaaaa... huahuahua.....
kejammm!! Hehehe!
Post a Comment