Sunday, January 11, 2009

Bagel

Sarapan pg ni mkn bagel pasal masuk umah za ada nmpk laaa.. mmg dh plan nk buat tup- tup umah za dh ader... apalagi jln terus laaa... daripada waiting list tuh jd kulat... resipi dr mak yong yani lg. Memula tu tgk ingatkan doughnut... gupa2nya bukan bentuk yer sama... pasal nk tau rasanya camne... tu yg try test tu... heheh. Thanks yani, kalo ader resipi yg best2 lg... bg la yer... ekekeke. First mkn bagel nih... mmg jakun la.... Nak tau x rasa bagel nih mcm mana?? Nak x??...nak x??... buat sendirikkk... huahuahua...

Bahan2nya:-
200g tepung roti
2 sudu besar gula halus
2/3 sudu kecil garam
2/3 sudu kecil dry yeast
120ml air suam
Cara-caranya:-
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Garam biar jauh sikit dr yis. Masukkan air. Uli sehingga doh lembut. Anggaran masa- 2 minit(doh keras), 5 minit- doh akan jadi licin, 5 minit lagi- doh jd lembut.
2. Bahagikan doh kpd 4 bahagian. Lepas tu, tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
3. Ambik sebiji dn canaikan.
5. Kemudian gulung memanjang
6. Pastu getel biar jadi panjang lebih kurang 24-25cm.
7. Tekan pada satu bahagian hujung. Biar jadi leper.
8. Ketemukan dua hujungnya.
9. Rapatkan kedua-dua hujung. Biarkan bercantum
10.Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
11.Panaskan oven sehingga 210 degree. Dalam fry pan, panaskan air sehingga mendidih. 12.Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap permukaan.
Bakar bagel selama 13 minit.