Bahan2nya:
350gram keledek- dibuang kulit dan dihiris nipis dan direbus hingga empuk
1 cawan tepung keledek
3 sudu besar tepung pulut
50ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minya masak
Daun pandan secukupnya – dipotong 3-4cm
Bahan inti:-
½ biji kelapa parut ( putih )
1/2 ketul gula melaka
1 sudu besar tepung gandum – utk lekatkan kelapa supaya mudah dikepal
Sedikit air
** Masukkan kesemua bhn kedlm kuali dan masak sehingga kering**
Cara2nya:
1. Lenyek keledek hingga hancur dan masukkan tepung keledek dn tepung ubi dan gaul rata sehingga berderai.
2. Masukkan garam, jus pandan dan pewarna sedikit demi sedikit hingga doh mudah di uli dan tidak lekat ditangan
3.Bahagi doh kpd beberapa bahagian dan celupkan hujung jari kedlm minyak masak dan leperkan doh di tapak tangan da masukkan inti kedlm doh dan tutup rapat. Kalo nk cepat dn senang kerja sediakan dulu seperti gambar dibawah.
4. Kepal perlahan-lahan doh dan buat bentuk bujur, selepas itu kelarkan doh menggunakan belakang pisau buat 4-5 garisan disekelilingnya dan dialas dgn daun pandan.
5. Sementara itu panaskan kukus, ulangi langkah 3-4 sehingga selesai.
6. Kukus selama 8-10 minit sehingga masak. Setelah siap sejukkan sebentar dan siap
4 comments:
mmg tak penah tgk apalagilah makan...
cumey2 jek...
korek, korek jgn tak korek...of coz la dia tak mo bg resepi sbb dia takut awok potong line dia, kan...
Ni kuih peria KODOK ni.. akekeke! Sib baik kuih... kalo rupa sebijik cam peria katak. mesti jiya cakap 'eeeeeeeee'. akekeke! Geli tengok rupa peria katak. mengerutu! hahaha
Wah cantik and comel lote aje kuih mu ini. Memang tak pernah makan lagi and kat mana nak cari tepung keledek tu ye? Kaler tepung ni kaler apa ye? Oren ke? Memang mcm orang jakun,hehehe
fiza:- iyo lah tuuu... ekekeke
jiya:- ok lah mulai skunk akak nk panggil kuih kodokkkk... kakkaka
Kak LG:- kak, tpung keledek ni rupanyer sama cam tpung ubi, beras n tpung putih, kaler putih.. biasa jual kat kedai runcit jer.. kat shopping x penah lak jumpa..
Post a Comment