BAHAN-BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Blueberry filling secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu bluberry filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
3. Biar naik 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...
Sebelum bakar.
Selepas bakar.
3 comments:
salam kak..tliur nengok gamba roti ni..nk tanya aa..camner upernyer tepung hong kong tu.. almaklumlah baru nk blajar mbaking2 ni..hiks
salam yann, tpung hongkong tu, jenis tepung paling halus teksturnya...biasa org buat kek lapis pakai tpung nih.. ader jual kat kedai baking.. kalo x jumpa leh guna tepung superfine sama ngan tepung hongkong... sebut betul2 hongkong yer bukan kingkong...ehehe
nampak sedap la bluberry loaf ni. blueberry ada kat petiais tu, leh try ni....
Post a Comment