Bahan2nya:-
1 cawan beras
3 cawan air
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2-3 sudu besar rempah kurma
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing-masing (dihiris nipis)
1/2 cawan santan
minyak untuk menumis
daun ketumbar (hiasan)
bawang goreng (hiasan)
garam & gula secukup rasa
Cara-cara:-
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudian masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.
3 comments:
pos2 ler sini skit kak ana. kiter cuti masak... kalo masak pon ala kadar jek sbb penyakit sesema menyerang awal tahun baru ni. Tak leh nak merasa kenikmatan makanan... huhuhu! sadis!
hahahaha... tau dak nape lum baik lg selsema tuh...pasallll suker sakat owanggggg.... owang jawa ckp kualatt ( balasan )... kahkahkah... sabor yer jiya comeiii.. kalo dh baik.. buat ehhh...:-)
uwaaaaaaaaaargghhh!! bagik ingus ni kang kang! akekekeke... ada lori ada bas, nek lori lg best dr bas.. akakakaka.. pantun sengal jap
Post a Comment